Mat Sabu ingatkan ahli PAS kenang "budi" PKR dan DAP...Kah Kah Nampak Sangat Mat SABU Barua....PKR dan DAP

PULAU PINANG: Bimbang dengan kemungkinan PKR kehilangan undi penyokong  PAS di Permatang Pauh, timbalan presiden parti itu, Mohamed Sabu menjaja keperluan untuk mereka terus memberi sokongan kepada DAP dan PKR  jika ingin menawan Putrajaya.

Mohamed Sabu atau dikenali Mat Sabu mencanang kronologi peristiwa yang membuahkan Pakatan Rakyat  dalam  siri ceramah beliau bagi menyakinkan  penyokong PAS  untuk mengundi Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada pilihan raya kecil kerusi parlimen itu Khamis ini.

Malah beliau berkata mantan  Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah memimpin Kelantan dan Terengganu hanya apabila PAS bergading dengan parti politik lain.

"Tahun 1978 kita lawan BN tetapi tidak menang, tidak boleh ambil semula Kelantan, tahun 1982, kita lawan semula BN untuk ambil Kelantan pun tidak boleh juga, tahun 1990, bila BN pecah, kita tahaluf dengan Semangat 46, kita lawan UMNO, kita menang dan tawan Kelantan.

"Nik Aziz jadi menteri besar selepas menang, maknanya kita ambil pakatan politik dan bukan PAS seorang," katanya di hadapan kira-kira 150 ahli PAS dan orang luar yang datang memerhati di Markaz Besar PAS Pejabat ADUN Permatang Pasir.

" Kita menang di Terengganu setelah ada barisan alternatif walaupun Keadilan tidak berapa besar di Terengganu, kita sokong dia, dia sokong kita, Tok Guru Haji Hadi dapat menjadi menteri besar Terengganu.

"Hasil daripada pakatan dan keadilan," kata beliau, merujuk kepada kejayaan PAS menubuhkan kerajaan negeri di Terengganu pada pilihan raya umum 1999 namun ia tewas pada PRU seterusnya.

Kupasan sejarah itu diungkit Mat Sabu berikutan gertakan ahli-ahli PAS di peringkat akar umbi yang mengancam mahu menafikan 10,000 undi untuk Wan Azizah di Permatang Pauh. Mereka marah kerana tindakan PKR membidas Hadi sebelum ini.  

Kelmarin, ketua penerangan PAS Bagan Azmi Jaafar berkata ramai penyokong PAS di kawasan itu akan menolak Wan Azizah pada hari mengundi.

Azmi berkata mereka tidak akan mengundi untuk orang yang biadab dan tidak menghormati serta seringkali memperlekehkan Hadi.

Setakat ini Hadi enggan memberikan sokongan terbuka kepada Wan Azizah, sekali gus menambah kegelisahan Mat Sabu dan pemimpin Anwarista lain dalam PAS yang ghairah berkempen untuk memenangkan presiden PKR itu.

Semalam Hadi berkata beliau terlalu sibuk dengan majlis lain selain mendapatkan rawatan sehingga tidak sempat untuk berkempen di Permatang Pauh.

Hadi mempunyai pengaruh luas dalam PAS Pulau Pinang dan ketiadaan beliau di Permatang Pauh dijadikan isyarat oleh akar umbi PAS menolak Wan Azizah.

Dalam ceramahnya,  Mat Sabu juga berkata hasil kerjasama dengan DAP dan PKR, pemimpin-pemimpin PAS  dapat rasa menjadi menteri besar di negeri-negeri lain seperti Perak dan Kedah.

Justeru beliau mendakwa amat penting untuk PAS memberikan sokongan kepada Wan Azizah pada PRK Permatang Pauh.

Bagaimanapun Mat Sabu  tidak mengupas tindakan pemimpin-pemimpin PKR mengutuk Hadi serta menentang hasrat PAS melaksanakan hudud di Kelantan yang menjadi punca kemarahan ahli PAS di Permatang Pauh.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana