Masyarakat Orang Asli Teguh Bersama BN Pada #PRKRompin

ROMPIN 30 April - Jelajah Barisan Nasional (BN) ke perkampungan orang asli di kawasan Felda Selendang termasuk di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Sg Mok, Rompin menyaksikan sokongan penuh rakyat terhadap kepimpinan kerajaan.

Lawatan Penyerlaras BN PRK Rompin Datuk Seri Hishamuddin Hussin disambut ratusan masyarakat orang asli di kawasan tersebut.

Hishammuddin dalam ucapannya menyeru masyarakat orang asli perlu menunaikan tanggungjawab mereka untuk turun mengundi pada 5 Mei ini dan memastikan legasi BN ang diwarisi Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis dikekalkan oleh calon BN Datuk Hasan Arifin.

Ujarnya, kerajaan sentiasa mementingkan pembangunan sosioekonomi termasuk pendidikan terhadap generasi muda sebagai langkah meningkatkan taraf kehidupan masyarakat.

"Jadi pada 5 hari bulan ini kita keluar ramai-ramai dan mengundi Barisan Nasional. Kita beri mesej kepada mereka yang cuba mengadu-domba, jangan cuba pecah belahkan kita," ujarnya.

PRK Rompin diadakan ekoran kematian penyandangnya Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter pada 5 Mei lepas.

Pengundian awal yang berlangsung bermula pagi tadi menyaksikan 85% daripada 545 pengundi keluar menurunkan undi.

Hari pengundian biasa akan dijalankan pada 5 Mei ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana