Mampukah Suhaimi sekat ‘Langkah Permatang Pauh’?

Mengikut hukum akal ada yang cukup tidak kena pada poster besar kempen calon PKR,Datuk Seri Wan Azizah Ismail pada pilihanraya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Ini kerana wajah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didapati bersalah meliwat dan dihukum penjara lima tahun turut sama berganding ‘melambai’ kepada orangramai yang lalu lalang.

Orang Islam biasanya cukup sensitif pada perbuatan mungkar dan keji dari semua sudut itu.

Namun PKR dan Pakatan merasa tidak boleh berdiri tegak gagah tanpa wajah Sivaji The Boss mereka itu disisi.

Berkat propaganda bahawa suami Wan Azizah itu menjadi mangsa konspirasi politik BN maka seorang peliwat boleh terus bersinar menjadi ikon perjuangan di negara yang agama rasminya ialah Islam.

Tolak sebelah DAP… bayangkan orang-orang PAS yang memperjuangkan Hudud sudah tidak ambil pot pada kemungkaran yang terbukti di mahkamah itu.

Jadi apa nak hairan kalau Wan Azizah boleh terus berkepak dengan kipasnya mengharapkan undi orang Permatang Pauh sebagai simbol untuk ‘ sucikan’ Anwar.

Apa nak buat sejak kes liwat pertama lagi majoriti orang Permatang Pauh terus lena dibuai dengan dakyah,sentimen politik dan drama air mata.

Kecuali pada pilihanraya umum 2004 dimana PKR menang dengan majoriti tipis 590 undi sahaja lawan BN, pengundi di kawasan Parlimen Permatang Pauh terus menerusi memberi undi besar kepada parti itu pada tiga pilihanraya selepas itu.

Waktu yang agak cemas bagi PKR itu ialah bila Wan Azizah bertanding kali kedua di situ berdepan Datuk Pirdaus Ismail yang mewakili BN.

Presiden PKR itu dapat 21,737 undi manakala bekas Imam Besar Masjid Negara 21,147.

Kali pertama Wan Azizah bertanding pada PRU 1999,ambil tempat suaminya Ibrahim yang jalan hukuman penjara enam tahun beliau dapat majoriti selesa 9,077 lawan Datuk Dr Ibrahim Saad dari BN.

Pada PRU 2008 bilamana beliau berentap kali kedua lawan Pirdaus majoriti yang diperolehinya berlipat kali ganda yakni 13,388 undi.

Anwar yang kembali bertanding dalam pilihnraya kecil di situ pada tahun sama selepas Wan Azizah lepas jawatan untuk beri laluan padanya juga mengekalkan majoriti besar 15,671 mengalahkan calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah dan calon Bebas Hanafi Hamat.

Pada PRU 13 pula majoriti Anwar 11,721 undi menewaskan calon BN Dr Mazlan Ismail dan calon Bebas Dr Abdullah Zawawi Shamsudin.

Dari trend keputusan itu siapa saja dapat menduga ia bukan laluan mudah bagi calon BN Suhaimi Sabudin yang berdepan dengan Wan Azizah pada pilihanraya kecil Permatang Pauh hari ini.

Anak jati Permatang Pauh yang muda,bertenaga dan berkelulusan ini mempunyai kriteria cukup lengkap untuk jadi seorang wakil rakyat.

Seramai 71,252 orang pengundi biasa akan menunaikan tanggungjawab mengundi pada pilihanraya kecil itu yang turut ditandingi Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) dan Salleh Isahak (Bebas).

Jika diambil kira keseluruhannya, kawasan Parlimen Permatang Pauh dikuasai Anwar dan isteri selama 33 tahun sejak 1982.

16 tahun Anwar sebagai wakil rakyat BN dan 17 tahun Anwar serta Wan Azizah bergilir menjadi wakil rakyat kawasan itu.

Memang lawak bunyinya bagaimana Wan Azizah dikitar semula bertanding setelah melepaskan jawatan dulu untuk beri laluan kepada Anwar atas alasan nak tumpukan masa pada keluarga.

Di Kajang dulu pun berkisar pada mereka berdua.Anwar tidak boleh bertanding pass kepada Wan Azizah.

Jawatan Menteri Besar Selangor juga nyaris nak jadi milik Wan Azizah sebelum akhirnya jatuh ke riba Azmin Ali.

Mungkin ia satu rekod dunia dalam arina politik satu pasangan suami isteri boleh main passing sesuka hati begitu.

Setelah mengidam kerusi Parlimen Permatang Pauh apa pula agaknya selepas itu? Ada al-kisah yang berlegar mengenai jawatan kosong sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen yang dulu dipegang Anwar.

Ikut ahli nujum politik tak perlu bersusah payah nak berteka teki siapa agaknya yang sudah dapat wahyu untuk mengisinya.

Soalnya sekarang mampukah Suhaimi menyekat ‘Langkah Permatang Pauh’ Anwar dan keluarganya menerusi slogan utama kempen BN “Cukuplah…bagi kami pula” .

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana