Mampukah parti Ikatan pimpinan Kadir Sheikh Fadzir bertahan?

Kata orang 'the more the merrier'.Sebuah lagi parti politik akan beraksi dengan pelancaran Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).Presiden parti baru ini bekas orang lama dan bekas menteri Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Kadir ,76 yang umum keluar dari UMNO pada 19 Mac 2012 setelah lama berada dalam parti itu dakwa parti pimpinannya tidak akan pro pembangkang maupun kerajaan.

Sewaktu mula keluar dari UMNO dulu,Kadir selalu kelihatan hadir pada majlis parti pembangkang.

Beliau bertanding pilihanraya umum 1978, 1982, 1986, 1999, 2004 dan digugurkan pada pilihanraya umum 2008.

Ada cakap-cakap yang berlegar dakwa Kadir 'merajuk' setelah digugurkan bertanding lagi pilihanraya.

Ikatan ditubuh pada Jun 2012 namun pendaftarannya baru dapat kelulusan dari Pendaftar Pertubuhan.

Hajat Ikatan adalah untuk menjadi wakil kepada satu bangsa Malaysia yang sejati.

Berucap di majlis perasmian Ikatan di sebuah hotel di Seri Kembangan dekat Kuala Lumpur Jumaat,Kadir yang pernah jadi Menteri Pelancongan dan Menteri Penerangan dakwa partinya hendak hentikan segela kepincangan yang ada dalam negara ini.

Juga dakwannya para pemimpin terdahulu yang letak asas kukuh pasti akan menangis dari kubur mereka melihat keadaan negara sekarang.

Ikatan mengunakan lambang berwarna merah-putih,biru dan kuning.Pada tengahnya menggunakan simbol perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra mengangkat tangan semasa melaungkan kemerdekaan.

Sementara itu dikalangan keluarganya yang lain masih aktif dalam UMNO.

Dua adiknya, Datuk Aziz Sheikh Fadzir ialah Ketua UMNO Bahagian Kulim Bandar Bharu dan Ahli Parlimen kawasan itu manakala Datuk Musa Sheikh Fadzir ialah Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam.

Tandatanya yang berlegar dikalangan pemerhati politik apakah Ikatan mampu mengembangkan sayapnya atau kelak berkubur begitu sahaja.

Kalangan barisan pimpinan Ikatan juga terdiri dari mereka yang tidak begitu dikenali ramai.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana