Lingkup PKR Padan Mukanya....Penyokong PAS ugut mahu rosakkan undi 7 Mei ini

 Seminggu sebelum pengundian dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh... masalah dalaman antara ahli-ahli pakatan pembangkang di disitu nampaknya masih belum beres.
Ini terpancar bila ahli dan penyokong PAS Permatang Pauh mengadakan demonstrasi aman sejurus selepas solat jumaat di Masjid Batu Kampung Pertama menuntut pemimpin PKR memohon maaf pada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Selain PKR, penyokong PAS di kawasan tersebut turut mengecam DAP dan NGO Pasma dengan berbagai plykad termasuk 'DAP jangan biadap" "Pasma duri dalam daging" "Pemuda bersama Ulamak" dan lain-lain.

Sambil melahirkan kekecewaan dengan pendirian PKR yang tidak menyokong rang undang-undang persendirian berhubung bidang kuasa mahkamah syariah di Dewan Rakyat yang dibawa oleh  Abdul Hadi.

Lebih parah, apabila kumpulan itu turut mengugut untuk merosakkan undi  7 Mei ini.

"Kalau dok maki tok guru (Hadi) kita macam mana? Minta maaf dulu baru kita boleh buat kerja (kempen). Jangan dok maki tok guru kami.

"Jangan harap golongan yang menghina ulama kami nak dapat undi kami," kata Ketua Penerangan PAS Kawasan Bagan, Azmi Jaafar.

Berucap di atas lori yang biasa dijadikan pentas ceramah dengan menggunakan pembesar suara, perhimpunan yang diadakan selepas solat Jumaat itu turut mengecam DAP berhubung isu hudud.

"Kami ada maruah dan umat Islam di Permatang Pauh juga ada maruah, jangan senang-senang menghina kami.

"Kalau ada yang keluar undi, mereka akan rosakkan undi, depa (mereka) tak akan undi UMNO, kami di tarbiyah untuk sokong orang yang bawa Islam.

"Kalau tidak sokong hudud, untuk apa kami nak pangkah depa. Kami nak pangkah orang yang bawa Islam, yang nak bawa hudud ke Parlimen dan kemudian dibentangkan oleh Presiden kami," katanya.

Selain itu Azmi turut memberi peringatan kepada Dr Wan Azizah supaya tidak menjadikan isu pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai modal meraih simpati.

"Pengundi PAS di sini lebih 10,000, jangan main-main ini adalah amaran kepada Wan Azizah, jangan ambil undi simpati daripada Anwar Ibrahim.

"Kalau kamu zalim pada kami, kami juga akan zalim pada mereka, kami tidak akan undi," katanya.

Menurut Azmi lagi, perhimpunan itu turut dimaklumkan kepada PAS Kawasan Permatang Pauh yang sebelum turut mencetuskan kontroversi untuk memboikot kempen PKR.

Gambar-gambar demo itu turut dikongsi oleh facebook PAS Permatang Pauh yang merupakan indikasi ianya dilakukan dengan restu pucuk pimpinan PAS kawasan walaupun pemimpin utamanya tidak kelihatan.

Agendadaily difahamkam PAS akan mengadakan kempen besar-besaran pada Sabtu di beberapa pasar malam untuk mengedarkan kalander 'Manisnya Hudud' selain beberapa risalah penerangan mengenai undang-undang Islam tersebut.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan mimbar masjid terus dijadikan pentas politik apabila khatib secara terang menyeru jemaah supaya mengundi calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 7 Mei ini.

Ketika berkhutbah di Masjid Batu Kampung Pertama khatib, Subri Arshad menyeru semua umat Islam dan pengundi kawasan Parlimen Permatang Pauh termasuk ahli PAS supaya menyokong PKR.

Tidak hanya berkempen, Subri juga dalam khutbahnya turut mengkritik kerajaan termasuk berhubung pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

"Kita juga dibeban dengan GST yang membebankan rakyat," kata Subri.

Subri dipercayai ahli PAS yang pro Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu Subri turut mengulas mengenai pertikaian masyarakat sama ada khutbah boleh dijadikan alat untuk menyampaikan agenda politik.

Jelas beliau, sebagai pendakwah beliau bertanggungjawab untuk menyampaikan maklumat yang dirasakannya benar kepada masyarakat walaupun di dalam khutbah sebelum solat Jumaat.

"Itulah tanggungjawab saya sebagai daei.

"Kalau ada orang pertikaikan boleh atau tidak berkhutbah begini, saya katakan bahawa Islam tidak pernah mengasingkan politik dengan agama," katanya di dalam khutbah pertama dalam solat Jumaat hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana