Lim Kit Siang menyanggah hudud di Kelantan, dan tidak membenarkan muktamar PAS diadakan di Selangor? Tahaluf siyasi?

DAP mengoptimakan keberadaan ejen-ejen mereka di dalam PAS, itu antara mesej yang ingin penulis sampaikan dalam artikel ini.

Bukanlah rahsia, bahawa Hadi Awang telah lama terdedah kepada serangan bertali arus dari kepimpinan DAP. Tidak cukup dengan itu, kritikan dan serangan tersebut tidak ditangkis oleh sayap parti seperti Dewan Pemuda, dan juga kepimpinan kanan yang lain.

Jelas, Hadi Awang kini juga berada di dalam senario yang turut dihadapi oleh Perdana Menteri Najib Razak. Tidak hairanlah apabila Hadi Awang menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, kerana beliau juga turut merasa yang sedang dirasakan oleh Najib Razak.

Berbalik kepada peranan ejen-ejen DAP, itulah realiti PAS hari ini, apabila dianggotai oleh golongan yang pro kepada DAP. Bukan sekadar tuduhan, keberadaan ejen-ejen DAP di dalam PAS juga menyaksikan bagaimana Lim Kit Siang (tetap orang yang sama pada 13 Mei 1969) menggunakan peluang yang diberikan kepadanya di hadapan kira-kira 1000 penyokong PAS dengan menyanggah perlaksanaan hudud di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Tidak terfikir oleh kita, bagaimana sebuah negeri yang berstatus mutlak milik PAS yang sinonim memperjuangkan hudud, memberi ruang dan peluang kepada seorang anti hudud berucap menyanggah apa yang diperjuangkan oleh PAS? Nauzubillahiminzalik, apakah yang sedang dihadapi oleh PAS hari ini? Kifarah? Bala?

Sungguhpun terdapat kritikan dari beberapa pemimpin PAS, ia tidak ubah seperti kambing menanduk bukit, yang sebenarnya tidak memberi apa-apa makna kepada DAP.

Buktinya, DAP sekali lagi menunjukkan PAS, di mana kedudukan parti itu di antara parti-parti yang mengganggotai Pakatan Rakyat. Harapan dan cita-cita PAS untuk mengadakan Muktamar Tahunan PAS ke 61 di Kuala Selangor mendapat tentangan hebat dari DAP. Naib Pengerusi DAP Selangor, Teng Chang Kim menyifatkan tindakan PAS itu dianggap sebagai tidak menghormati keputusan kerajaan negeri yang tidak akan melaksanakan hukum Hudud. Maka, Teng bertegas bahawa PAS tidak perlu menganjurkan program besar berkenaan.

Kini, apa yang mahu ahli PAS katakan, apabila membenarkan Lim Kit Siang menyanggah hudud di Kelantan, dan tidak membenarkan muktamar PAS diadakan di Selangor? Tahaluf siyasi?

Rasanya, tidak keterlaluan, sekiranya penulis terus percaya dengan sebenar-benar percaya, dengan perkembangan ini, bahawa PAS masih lagi berkasta “pariah” di dalam Pakatan Rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana