Lebih Banyak 'Mata' Polis Di Jalan Raya Pada Masa Akan Datang

PETALING JAYA: Polis dan kenderaan yang digunakan mereka akan mempunyai 'mata' dan 'telinga' tambahan, semuanya dalam bentuk elektronik pada masa akan datang.

Di bawah projek perintis di Serdang dan Shah Alam, pesalah akan ditangkap menggunakan kamera yang terdapat pada kenderaan peronda dan yang dipegang sendiri oleh polis peronda itu.

Kamera itu juga berfungsi untuk memeriksa kelakuan polis.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tujuannya adalah untuk membuat orang ramai berasa lebih selamat.

"Ia akan dijalankan selama sebulan dan kita akan melihat bagaimana keberkesanannya.

"Dengan kamera tersebut, kita boleh merakam kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah serta salah laku anggota ketika sedang menjalankan tugas," katanya kepada The Star.

Langkah itu bertujuan untuk mengurangkan jenayah dan meningkatkan kebertanggungjawaban anggota polis.

Beliau berkata langkah percubaan itu adalah sebahagian daripada matlamat jangka panjang untuk mewujudkan kepolisan moden.

Beliau berkata satu-satunya cabaran bagi melaksanakannya adalah untuk mencari wang agar ia dapat dijalankan di seluruh negara.

Beliau mengulas hasrat kerajaan untuk mengurangkan jenayah sebanyak lima peratus setahun. RMK-11 memerlukan kehadiran polis yang lebih ramai, dan juga sukarelawan.

Kerajaan mahu meningkatkan rasa aman dari 39 peratus pada tahun lepas kepada 60 peratus pada tahun 2020.

Ketua Polis Negara berkata, terdapat juga satu lagi projek perintis untuk mengurangkan bilangan polis di dalam kereta peronda daripada dua orang kepada seorang. Itu dilakukan di Petaling Jaya.

"Kenderaan peronda dikendalikan oleh seorang anggota polis tetapi ia hanya pada siang hari.

"Kami mahu mewujudkan kehadiran yang lebih baik dengan mempunyai lebih banyak kenderaan di jalan raya."

RMK-11 juga merancang agar polis dapat tiba ke tempat kejadian jenayah dalam tempoh lapan minit, satu pertiga lebih cepat daripada sekarang.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, RMK-11 adalah tepat pada masanya kerana ia meletakkan keselamatan rakyat sebagai perkara utama.

"Saya yakin pasukan keselamatan akan dapat memenuhi matlamat yang ditetapkan di dalam rancangan tersebut.

"Dana yang diberikan dalam pelan itu juga akan memastikan keselamatan negara akan sentiasa terpelihara," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana