'Lebai Malang' dipaksa kerjasama di Permatang Pauh, bersendirian di Rompin

Ini nasib 'lebai malang' dalam Pakatan. Sana tercicir sini melepas. Semu7a sedia maklum bagaimana kerasnya desakan PKR, DAP dan pemimpin PAS pro Datuk Seri Anwar Ibrahim (Anwarinas) 'memaksa' jentera PAS pro ulama menghentikan boikot mereka di Permatang Pauh.
Dari pujukan hinggalah gertakan dibuat oleh berbagai pihak dalam PKR, DAP dan Anwarinas.

Sudahnya Pemuda pro ulama ini mengikut arahan rakan Pakatan.

Malangnya 'ku sangka hujan sampai ke petang, rupanya panas ditengah hari'... di Rompin kempen terakhir PAS malam Ahad memperlihatkan parti itu berseorangan apabila kelibat pimpinan tertinggi sekutunya dalam pakatan pembangkang tidak kelihatan.

Meskipun himpunan anjuran Dewan Ulama PAS Pusat itu tidak memerlukan keterlibatan pemimpin PKR dan DAP, setidak-tidaknya kedua-dua parti itu menghantar wakil mereka sebagai tanda sokongan kepada calon PAS, Nazri Ahmad.

Namun, ketiadaan pimpinan tertinggi PKR dan DAP, pada malam Ahad menimbulkan tanda tanya mengenai status hubungan ketiga-tiga parti ini yang masih misteri sehingga hari ini.

Antara nama-nama besar yang hadir dalam ceramah itu adalah Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat,  Nik Mohamad Abduh Nik Aziz dan Nasrudin Hasan Tantawi.

Yang turut hadir Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki dan bekas Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Salleh.

Selain membangkitkan isu kitar semula seperti cukai barang dan perkhidmatan (GST), tanah peneroka Felda dan kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kerajaan, PAS mengalih tumpuan pengundi terhadap ketidakhadiran perdana menteri di Rompin dan Permatang Pauh.

Sepanjang 14 hari berkempen, walaupun PAS membangkitkan isu GST, tanah peneroka Felda dan beberapa masalah penduduk tempatan sebagai modal untuk menyerang BN, tiada jalan penyelesaian yang disyorkan seandainya calon parti itu memenangi kubu kuat BN itu.

Nazri yang juga Ketua Pemuda PAS Pahang akan berdepan calon BN, Datuk Hasan Arifin dalam pertembungan satu lawan satu pada hari pengundian Selasa ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana