Lain dari lain... program turun padang bermula sebelum subuh

Bagi ahli politik program turun padang ini agenda biasa... selain bertemu penduduk, waktu itu juga untuk tinjau kawasan. Biasanya program turun padang ini dibuat pagi hujung minggu.
Ini lain ceritanya dengan MB Perak Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir yang memulakan acara pertama program turun padangnya sebelum sembayang subuh.

Beberapa hari lalu dalam kesibukan menjelang pertabalan Sultan Perak ke 35, Zambry meneruskan Program Kembara Qiam Bersama Menteri Besar dengan di Masjid Felda Besout 1 di Sungkai.

Kira-kira setahun lalu beliau hadir dalam satu program turun padang di kawasan Felda ini termasuklah turut tidor di sebuah masjid di kawasan berkenaan.

Berasaskan kehadiran pagi itu, kira-kira  500 umat Islam di sekitar Gugusan Felda Gunung Besout hadir termasuklah pemimpin masyarakat dan pelajar tahfiz dalam program qiam itu yang bermula jam 4 pagi.

Untuk rekod program qiamullail dimulakan terlebih dahulu. Selepas solat subuh, Jemaah termasuk Menteri Besar mendengar tazkirah daripada tokoh agama tempatan, Maulana Wan Helmi.

Ekoran dari kejayaan program berkenaan serta sambutan luar biasa dari masyarakat setempat dijangkakan pihak peganjur merancang mengadakan program sama dua kali sebulan.

Ketika berucap kepada masyarakat di kawasan berkenaan Menteri Besar berkata “program seperti ini sangat bermakna sekali.”

Katanya "inilah cara saya, lebih suka mengadakan program-program seumpama ini, berbanding program yang besar-besar tetapi kurang mencapai matlamatnya."

Menteri Besar walaupun selesai majlis tazkirah tidak terus pulang ke Ipoh untuk program lain. Beliau mengambil kesempatan bersarapan dengan orang ramai dan turun padang melawat pasar serta berinteraksi dengan rakyat.

Menteri Besar juga meluangkan masa hadir dalam program  penyerahan Kiosk Amanjaya kepada lima peniaga kecil iaitu Rosnani Kadir dari Felda Besout 1,

Shamry Mustafa (Felda Besout 2), Romainoor Shamsuri (Felda Besout 3), Hayati Rosli (Felda Besout 4) dan Mohd Shafie Hassan (Felda Besout 5).

Sementara di satu lagi kawasan berdekatan, Dr Zambry menyempurnakan majlis pecah tanah projek pembinaan Dewan Semai Bakti Felda Besout 2 yang bernilai RM1.2 juta iaitu projek pertama Felda yang mengguna teknologi IBS.

Projek ini memakan masa  lapan bulan sahaja.

Selain dari itu beberapa program diatur. Antaranya Kedai Bergerak 1Amanjaya dan ambulans bergerak yang julung kali diadakan dengan khidmat tiga doktor sukarelawan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana