Lagi...pasal isu Tabung Haji beli tanah TRX...

Tidak ada pertindihan kepentingan antara tiga pegawai kanan Lembaga Tabung Haji dalam soal pembelian sebidang tanah milik 1MDB oleh kumpulan tersebut kata sumber dalaman Tabung Haji kepada Agendadaily.
Menurut beliau walaupun bosnya CEO dan Pengarah Urusan Tabung Haji Tan Sri Ismee Ismail, merupakan ahli Lembaga Pengarah 1MDB namun beliau keluar dari mesyuarat setiap kali isu tersebut dibincangkan.

"Soal Timbalan CEO dan Timbalan Pengarah Urusan Tabung Haji Datuk Johan Abdullah pula walaupun beliau merupakan pengerusi anak syarikat 1 MDB iaitu 1MDB Edra Energy Sdn Bhd namun urusan pembelian tersebut antara anak syarikat Tabung Haji iaitu TH Properties (THP) dan anak syarikat 1MDB iaitu 1MDB Real Estate (1MDB RE).

"Tidak wujud soal pertindihan kepentingan kerana ia merupakan antara syarikat yang berlainan. Beliau merupakan Pengerusi 1MDB Edra Energy, THP berurusan dengan 1MDB RE," ujarnya ketika ditemui petang Jumaat.

Manakala status Ahli Panel Penasihat 1 MDB, Tan Sri Datuk Dr. Abdul Samad Haji Alias juga tidak timbul pertindihan kepentingan kerana hanya merupakan Ahli Panel Pelaburan Tabung Haji.

"Ada tujuh orang Ahli Panel Pelaburan Tabung Haji, beliau salah seorang, katakahlah, beliau tidak membuat keputusan, hanya memberikan pandangan bersama enam yang lain.

"Pandangan tersebut pula melalui proses lain iaitu dibincangkan oleh Ahli Lembaga Pengarah sebelum diluluskan... jadi tidak timbul soal pertindihan kepentingan," katanya menjawab rencana muka depan sebuah akhbar perniagaan yang mempersoal perkara tersebut dalam edisi terbarunya.

Dalam pertemuan sumber itu menceritakan letak duduk isu yang heboh diperkatakan sehari dua ini.

Menurut beliau, semuanya berpunca dari dokumen cadangan yang bersifat dalaman dibocorkan di media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Kami membuat laporan polis semalam (Khamis) ia merupakan kertas cadangan, bukan kertas keputusan, kita beli tanah di kawasan paling berpotensi di segitiga emas Kuala Lumpur dengan harga yang lebih murah dari yang dinilai oleh penilai bebas profesional Jones Lang Wootton yang meletakkan pada harga RM194 juta untuk tanah 1.6 ekar atau 0.63 hektar itu," ujarnya.

Jelasnya lagi, sebelum membuat pelaburan, perkara pertama yang disemak oleh Tabung Haji adalah apakah hasil pelaburannya nanti memenuhi 'kepatuhan syariah'.

"Kita beli tanah untuk membangunkan menara kediaman di pusat kewangan TRX yang terletak di segi tiga emas, 10 tahun lagi harganya akan naik berkali ganda, lihat KLCC, KL Sentral kini, dan bayangkan kita membuat pelaburan di peringkat awal ini dan akan memberi keuntungan berkali ganda selepas dibangunkan nanti,"ujarnya.

Mengenai mengapa membeli tanah tersebut dengar harga RM2774 sekaki persegi sedangkan 1MDB membeli dari kerajaan dengan harga lebih kurang RM70 sekaki empat tahun lalu, jelas beliau, 1MDB beli dari kerajaan dengan harga rendah dan kemudiannya melabur untuk menaikkan harga tanah tersebut.

"Kita tak beli tanah kosong dari 1MDB, tapi tanah yang sudah dibangunkan infrastukturnya sebagai pusat kewangan Tun Razak Exchange, tentulah harganya tidak sama,"katanya.

Beliu turut memberikan beberapa contoh nilai hartanah yang dibeli pihak lain di kawasan tersebut sebagai perbandingan antaranya MRCB Berhad membeli tanah Kedutaan Jerman dengan harga RM3188 kaki persegi, tanah di Jalan Conlay bertentangan dengan Restoran Seri Melayu dijual dengan harga RM3,299 kaki persegi.

"Kita beli tanah ini lotnya berdekatan bulatan Kampung Pandan mengadap KLCC, ini pelaburan strategik yang akan menguntungkan Tabung Haji," kata beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana