Lagi... dan lagi serangan DAP terhadap Haji Hadi....Apa Nak Tunggu LAgi PAS?


Tatkala pemimpin PAS sudah muak dengan kerenah DAP... parti sekutu Pakatan tersebut meneruskan serangan terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta Ahli Parlimen Marang itu menjawab lima soalan bagi membuktikan komitmen beliau terhadap pakatan pembangkang.

Lima soalan itu ialah mengapa Abdul Hadi memungkiri komitmen PAS kepada Dasar Bersama Pakatan Rakyat dan jaminan peribadinya kepada pimpinan pakatan; menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di tengah-tengah kemelut skandal RM42 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB); dan mahu mewujudkan ‘kerajaan perpaduan’ bersama UMNO?

Lim dalam kenyataan pada Rabu turut mempersoalkan mengapa Abdul Hadi enggan menyatakan sokongan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada pilihan raya kecil Permatang Pauh baru-baru ini.

Satu lagi soalan ialah mengapa mengisytiharkan bahawa menjadi kewajipan umat Islam untuk menyatakan kemarahan terhadap DAP kerana membantah undang-undang hudud, tanpa menyebut tentang orang Islam lain, orang bukan Islam, serta rakyat Sabah dan Sarawak yang turut membantah undang-undang hudud.

Lim berkata walaupun sebelum ini Abdul Hadi dilaporkan berkata bahawa setakat ini PAS masih bersama Pakatan, beliau mesti membuktikan komitmennya dengan menjawab lima soalan berkenaan.

“Bukan sahaja Abdul Hadi, malah pimpinan senior PAS juga telah mengelak daripada menjawab lima persoalan ini dengan cuba menyalahkan DAP jika terjadinya perpecahan dalam Pakatan Rakyat.

“Hanya kerana mempersoalkan lima perkara ini, beberapa pimpinan PAS telah menyerang DAP lebih hebat daripada mereka menyerang UMNO. Namun, DAP mesti terus konsisten dengan prinsip dan mempersoalkan lima perkara ini, bukan sahaja selepas Muktamar Tahunan PAS ke-61 tetapi juga sebelum ia berlangsung,” katanya.

Beliau berkata, DAP tidak akan membiarkan mereka dibisukan oleh pemilihan parti PAS bagi menghalang parti itu daripada menyatakan apa yang benar dan mempertahankan yang hak daripada yang batil.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata kenyataan-kenyataan Abdul Hadi sebelum ini tidak konsisten dengan perakuan taat setia dan menyokong Pakatan Rakyat.

“Jika Abdul Hadi tidak boleh mengotakan janjinya, bagaimana DAP boleh bekerjasama dengan Abdul Hadi atas dasar hormat dan percaya,” katanya.

Beliau berkata pimpinan tertinggi DAP dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat pada 25 Mei lepas mengulangi kesediaan untuk berhadapan sebarang kemungkinan bagi Pakatan Rakyat pada masa akan datang sekiranya Abdul Hadi berjaya mengekalkan jawatannya sebagai presiden PAS.

Ini merupakan serangan terbaru Guan Eng dan masih belum dijawab pemimpin PAS samada Abdul Hadi atau penyokong-penyokongnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana