'Kuliah' Kit Siang di Kelantan... PAS Kota Bharu minta maaf

Penganjur ceramah perdana melibatkan tokoh veteran DAP Lim Kit Siang di Kota Bharu 10 Mei lalu meminta maaf kepada pemimpin PAS Kelantan.
PAS Kota Bharu sebelum ini menganjurkan ceramah di Padang Perdana membabitkan kehadiran Kit Siang, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Pada ceramah itu Kit Siang memberi 'kuliah hudud'  menyifatkan kerajaan Mesir dan Jordan tidak melaksanakan perundangan syariah biar pun negara ini mempunyai majoriti penduduk Muslim.

Ekoran kenyataan terbabit menyebabkan banyak pihak termasuk Majlis Syura Ulamak PAS meminta Kit Siang memohon maaf kerana dianggap tidak menghormati pendirian kerajaan Kelantan melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (KJS).

Yang Dipertua PAS Kota Bharu Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, pihaknya akur terhadap nasihat PAS Kelantan berhubung penganjuran program ceramah terbabit.

Katanya, beliau bersama Dewan Harian PAS Kota Bharu hadir pada pertemuan tersebut petang semalam bagi menjelaskan mengenai isu yang berbangkit.

“Saya mewakili PAS Kota Bharu memohon maaf sekiranya ada pimpinan negeri yang tersinggung terhadap apa yang berlaku,” katanya yang dipetik dari Harakahdaily.

Sementara itu Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata kenyataan yang lebih bersifat peribadi hendaklah dielakkan bagi menjaga kesepaduan Pakatan.

Oleh itu katanya, PAS negeri telah memanggil PAS Kota Bharu bagi mendapat penjelasan mengenai ceramah Penasihat DAP, Lim Kit Siang di sini, baru-baru ini.

“Pada pertemuan itu PAS Kota Bharu dinasihat lebih berhati-hati dan tidak membiarkan berlaku kontroversi seperti sebelum ini,” katanya selepas menyampaikan Ucaptama Kelantan Mendepani Cabaran di Kota Darulnaim Rabu.

Hadir sama pada program itu Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Yakub, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat dan anggota-anggota Exco.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana