Kit Siang campur tangan pemilihan PAS...?Sedarlah Ahli PAS

Apa niat sebenar di sebalik kenyataan Penasihat DAP Lim Kit Siang bahawa Pakatan akan berkubur dalam dua minggu menjelang pemilihan PAS awal bulan depan.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata adakah kenyataan itu datangnya daripada seorang pesimis yang mudah berputus asa.

"Itu adalah kenyataan seorang yang pesimis, tidak melihat ke depan untuk sesuatu yang positif. Mengapa timbulkan tempoh dua minggu? Adakah itu satu campur tangan bagi pemilihan PAS nanti?

"Pada saya ini bukan satu akhlak kerjasama politik. Sebagai rakan politik dalam PR, sepatutnya mereka kena belajar sikap saling menghormati.

"Muktamar adalah satu perkara yang wujud dalam parti dan bersifat demokrasi. Tidak sewajarnya memberikan satu isyarat mahu pihak tertentu menang dalam muktamar," tegasnya ketika ditemui media di Dewan Rakyat, petang Isnin.

Dalam pada itu, beliau juga menempelak sikap DAP yang kerap merendahkan kemampuan PAS dalam hubungan kerjasama di dalam Pakatan.

Terdahulu Kit Siang melalui penulisannya di portal Malaysiakini mendakwa PR tidak lagi wujud dalam masa dua minggu akan datang dengan menggambarkan ia sebagai satu 'perkembangan politik yang sangat lucu'.

Mengulas lanjut, Khairuddin berkata tuduhan Kit Siang mungkin timbul rentetan hubungan dingin yang masih berterusan antara Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan DAP.

"Hari ini mungkin beliau tidak berpuas hati degan Presiden, maka tidak juga pelik selepas ini sesiapa sahaja yang menjadi pemimpin PAS, DAP juga tidak berpuas hati dan berharap untuk tukar," kata Ahli Parlimen Kuala Nerus itu.

Khairuddin dalam masa sama tidak menolak sikap berdegil DAP itu menjadi punca hubungan dua parti berkenaan semakin renggang.

Sehubungan itu beliau menggesa DAP turut mengambil saranan PKR untuk bertenang dalam usaha meredakan ketegangan dalam PR.

"Itu satu nasihat yang bagus. PAS sendiri tidak menyerang DAP. Tapi Kit Siang yang nampaknya tidak berhenti menyerang PAS. Kita sentiasa bertenang. Tinggal lagi apakah Guan Eng dan Kit Siang boleh bertenang bila berdepan dengan pelbagai isu, termasuk cadangan pindaan Enakmen 355," soalnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana