Ketua Umno Bahagian Ceria Selepas Bertemu Najib

PETALING JAYA: Ketua Umno bahagian yang menghadiri makan tengah hari dengan Perdana Menteri di Sri Perdana di Putrajaya dilaporkan berada dalam keadaan ceria selepas pertemuan itu.

Menurut beberapa ketua Umno bahagian yang menghadiri majlis makan tengah hari sempena sambutan ulang tahun ke-69 parti itu pada Isnin, mereka gembira dengan penjelasan Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai isu-isu yang dihadapi oleh kepimpinannya.

"Suasana di kalangan ahli adalah sangat baik. Ada sokongan yang kuat untuk PM," kata ahli Majlis Tertinggi Umno Dr Puad Zarkashi, yang juga Ketua Umno Bahagian Batu Pahat.

Ketua Umno Bahagian dari Sabah pula berpendapat presiden Umno itu telah mengulangi kenyataannya di perhimpunan program Solidariti Rakyat Sabah di Tawau pada Ahad.

"Beliau berkata tidak ada yang boleh mendesaknya meletakkan jawatan sebagai perdana menteri selagi rakyat memberi sokongan padu," kata ahli politik Sabah yang tidak mahu dikenali itu.

"Najib juga berkata beliau tidak menaikkan atau menjatuhkan seseorang dalam politik. (Tun) Dr Mahathir Mohamad mempunyai masalah, kerana ketika berkuasa Najib juga menyokongnya."

Perdana menteri, turut bercakap tentang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menjelaskan bahawa pengkritik perlu menunggu Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) melengkapkan siasatan terhadap dana pelaburan milik negara itu.

"Najib berkata, jika terdapat sebarang salah laku, orang yang bertanggungjawab perlu bertanggungjawab. Tiada siapa yang bertanya kepadanya selepas beliau menjelaskan tentang 1MDB, mereka hanya bersetuju," katanya.

Ahli politik Sabah itu memberitahu, terdapat seorang ketua bahagian turut meminta Najib menjelaskan mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Najib menjawab bahawa rakyat perlu menunggu dan melihat manfaat daripada GST. Najib juga berkata beliau telah berada dalam politik selama 40 tahun dan tujuan utamanya dalam politik untuk membantu rakyat."

Ketua bahagian itu menambah, presiden Umno itu turut menyentuh mengenai Tabung Haji.

"Najib berkata, Tabung Haji merupakan perjanjian perniagaan dan  keuntungan dari perjanjian itu akan disalurkan kepada pendeposit.

"Najib menjelaskan Tabung Haji terpaksa menarik diri daripada perjanjian itu apabila pembelian telah disalah tafsir," katanya

Seorang lagi ketua bahagian dari Sabah berkata, mereka diberitahu oleh Najib agar bersabar dan kebenaran itu akan tetap akan diketahui kelak.

Menurut beliau, Najib berkata, "Jika ada sebarang salah laku, tiada siapa yang akan dilindungi."

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana