Kes culik terbaru kumpulan bersenjata di Sandakan...

Sudah lama kejadian seumpama ini tidak berlaku.Awal Khamis malam empat lelaki bersenjata menculik seorang wanita dan seorang lelaki dari Restoran Ocean King, sebuah restoran makanan laut, dekat Sandakan.
Wanita ,Thien Nyuk Fun, 50, dari Taman Mawar, Jalan Sibuga, Sandakan ialah pengurus restoran berkenaan manakala yang lelaki ialah Bernard Then, 39, seorang konsultan dari Kuala Lumpur.

Dalam kejadian 7.40 malam empat lelaki dipercayai menggunakan senjata panjang dan pistol telah memasuki restoran tersebut dan menarik mangsa secara paksa sebelum melarikan mangsa dengan menaiki bot laju.

Restoran atas air di Jalan Bokara, Pasir Putih, terletak kira-kira tiga kilometer dari Sandakan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata ketika kejadian kedua-dua mangsa sedang menjamu selera di restoran itu.

"Seorang lelaki memakai seluar celoreng baju-T biru manakala tiga memakai baju dan seluar celoreng tanpa memakai penutup muka. Salah seorang suspek memakai peluru berantai yang disandang di bahu," kata Jalaluddin dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, Jalaluddin berkata jenis bot laju yang digunakan suspek masih belum dikenal pasti.

Katanya, kesemua suspek datang dari arah tangga sisi belakang restoran dan terus menuju ke arah mangsa yang duduk di meja berlainan sebelum kedua-duanya ditarik secara paksa untuk mengikut kumpulan lelaki itu menaiki bot.

Jalaluddin berkata kesemua saksi dan pekerja di restoran berkenaan telah dikumpulkan untuk diambil keterangan manakala pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), diketuai Komandernya Datuk Abdul Rashid Harun kini berada di tempat kejadian bersama Ketua Polis Daerah Sandakan.

"Pihak Polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah dikerahkan membuat operasi memburu dan menyekat laluan laut sehingga ke sempadan.

"Helikopter APMM dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) juga diarah memintas suspek-suspek yang menggunakan bot laju tersebut pada malam ini juga," katanya.

Sementara itu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata berdasarkan risikan awal dipercayai Muktadil Brothers terlibat dalam kejadian ini.

Kumpulan dari Pulau Tawi-Tawi ini dikenali sering terlibat dalam jenayah ganas dan kegiatan menculik untuk menuntut wang tebusan di kawasan pantai timur Sabah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana