Kes bocor maklumat Tabung Haji beli tanah TRX disiasat bawah Akta Rahsia Rasmi

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu kes pembocoran dokumen Lembaga Tabung Haji berhubung urusan pembelian tanah di Tun Razak Exchange (TRX) dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). disiasat dibawah Akta Rahsia Rasmi.

Katanya polis akan memanggil segera mereka yang berkaitan untuk disoal siasat.

Siasatan itu akan dibuat ekoran laporan polis petang semalam dibuat Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah.

Khalid memberitahu demikian kepada wartawan selepas satu majlis di Bukit Aman Jumaat.

Ditanya sekiranya polis akan menyiasat kes tersebut dengan laporan yang dibuat Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Khalid berkata: "Sikiranya isu tersebut sama, kami akan mengabungkan siasatan berkenaan. Tapi jika tida, maka kita akan membuka IP baharu."
Abim membuat laporan berhubung perjanjian hartanah di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak kira-kira 2.30 petang Khamis.

Pembocoran maklumat berkenaan disiarkan dalam sebuah blog ‘The Benchmark’.

Laporan di blog berkenaan mendakwa Tabung haji membeli 2 plot tanah di Tun Razak Exchange (TRX) pada nilai RM722 juta dalam bentuk tunai.

Sebaliknya Johan menjelaskan menerusi satu kenyataan Khamis Tabung Haji Cuma membeli sebidang tanah pada harga diskaun RM188.5 juta.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana