Kereta mewah dengan nombor plat 'PENANG' di HK timbul persoalan...Kalau lah PM...Entahlah Jadinya

GEORGE TOWN: Sebuah kereta mewah bernombor plat ‘PENANG’ dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng berdiri sebelahnya di Hong Kong menimbulkan persoalan dan perbincangan hangat di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional bagi Sungai Acheh Mahmud Zakarian menunjukkan gambar kereta itu ketika sidang DUN Selasa.

“Adakah kereta digunakan oleh (Guan Eng) di Hong Kong atau adakah ia disewa? Nombor plat kereta itu menimbulkan persoalan,” The Star Online memetik Mahmud sebagai berkata.

Ia dijawab oleh ahli Exco Chow Kon Yeow yang memberitahu kenderaan itu milik seorang peniaga dari Pulau Pinang yang berada di Hong Kong.

Muhamad Farid Saad (BN-Pulau Betong) pula menyoal sama ada kebenaran diberi kepada mana-mana pihak untuk menggunakan plat Pulau Pinang itu di Hong Kong.

Katanya, pengeluaran plat kereta adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan bukannya negeri.

Beliau juga memperingkatkan keputusan membenarkan penggunaan nombor plat kereta di Hong Kong juga terikat kepada undang-undang negara itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana