Kenapa Cerita Tak Betul...Dikatakan Letak Jawatan...Pelik lah

Sanggup untuk jatuhkan sesama sendiri jika tidak sependapat lagi...masalah lah dengan melayu kita hari ini.Sedihnya...

PARA penyokong Tun Mahathir cuba ‘menyucikan’ penipuan dalam soal Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia nak melepaskan jawatan, dengan mengatakan bahawa Tun Mahathir tidak menipu sebaliknya Tan Sri Pandikar yang buat U-Turn.

Dari apa yang penulis difahamkan (Tan Sri Pandikar sendiri pun sudah mengeluarkan kenyataan rasmi), tidak ada U-Turn atau hasrat untuk meletak jawatan.  U-turn ini hanya berlaku bila perletakkan jawatan sudah berlaku dan diumumkan, kemudian ditarik balik, itu U-turn.

Masalahnya sekarang tidak ada apa yang berlaku, tahu-tahu Tun Mahathir sudah umum Speaker letak jawatan. Mungkin ada artikel dalam perlembagaan dimana Mantan Perdana Menteri boleh umum perletakan jawatan Speaker, penulis tidak tahu.

Apa pun, inilah jadinya bila sindrom ketaksuban melampau sudah menjangkiti manusia, yang salah dan berdosa pun cuba nak dilihat macam betul dan dapat pahala.  Ini bukan kali pertama, dalam tempoh 2 minggu ini sudah 2 kali Tun Mahathir berbohong.

Kali pertama beliau menipu, ialah semasa mendakwa nilai tanah RM 188 juta yang dibeli Tabung Haji dari 1MDB di TRX, mampu menyelamatkan syarikat yang ada liabiliti sebanyak RM 42 billion itu.  Bagaimana itu mungkin berlaku?  Sehingga sekarang masih tidak ada penjelasan dari Tun Mahathir.

Menariknya, dalam setiap penipuan, masih ramai yang menyokongnya dengan pelbagai alasan, kalau tak taksub nak kata apa tu?

Ironinya, penulis kenal beberapa orang dari kumpulan ini yang dulu mengutuk ketaksuban serupa yang berlaku dalam PAS, hari ini mereka pula yang jadi seperti orang PAS dengan menganggap apa yang keluar dari mulut Tun Mahathir itu semuanya betul dan tidak ada yang salah.

Tun Mahathir hanyalah manusia biasa dan tidak sunyi dari membuat kesalahan. Beliau sendiri pun mengakui pernah membuat banyak kesilapan semasa menjadi Perdana Menteri – kecuali memecat Anwar Ibrahim.  Itu masa muda dan bertenaga tu, apatah agi sekarang, pada usia 90 tahun.

Maka itulah penulis secara peribadi tidak melihat sebarang kesalahan pada Tun Mahathir sekalipun jelas beliau berbohong dalam perkara tersebut. Pada usia sekarang, tidak menghairankan kalau cakapnya lebih banyak merapu dan tidak bersandarkan fakta.

Deria pun bukan semua yang berfungsi dengan sempurna.

Jika semuanya berfungsi dengan baik, sudah tentu pada saat ini ada orang yang mencadangkan Tun Mahathir untuk bertanding dalam pilihanraya dan jika menang, dilantik sebagai Perdana Menteri semula, tapi dalam banyak-banyak yang disebut tentang Tun Mahathir kebelakangan ini, bab itu takde yang berani nak sentuh.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana