Kemenangan PKR atas bantuan penyokong PAS, kata penganalisis

SHAH ALAM: Kejayaan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kembali menduduki kerusi Parlimen Permatang Pauh selepas menang dengan majoriti 8,841 undi kerana pengundi PAS masih terus menyokong Pakatan Rakyat.

Malah, bagi penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani kemenangan itu juga sekaligus menolak dakwaan bahawa penyokong dan ahli PAS akan melakukan undi protes terhadap PKR.

"Ramalan itu meleset apabila pengundi PAS dilihat keluar mengundi PKR. Nampaknya semangat Pakatan itu masih lagi kuat dikalangan penyokong PAS, DAP dan sebagainya," katanya kepada Antarapos.

Bagaimanapun, bekas pensyarah Kanan di Jabatan Komunikasi Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Baharuddin Aziz berkata Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh hanya memperlihatkan kerenggangan hubungan diantara PAS, PKR dan DAP.

Katanya, kerenggangan itu juga merupakan faktor majoriti kali ini lebih rendah di samping peratusan keluar undi yang lebih kecil, 74%, berbanding 88% pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) dua tahun lepas.

"Kita lihat penurunan undi kali ini merupakan salah satu faktor dimana keakraban diantara PAS dengan PKR ini sudah tidak wujud dan telah tergugat.

"Boleh dianggap bahawa ramai orang Melayu tak memberi undi kepada PKR tetapi sebaliknya mengundi BN atas faktor itu.

"Kerenggangan itu, dia (PKR,PAS,DAP) dah renggang," tegasnya memberitahu Antarapos.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan kerusi Permatang Pauh meskipun majoriti parti itu merosot dalam PRK yang dicemari dengan beberapa insiden keganasan.

Wan Azizah memperolehi 30,316 undi, mengatasi Suhaimi yang mendapat 21,475 undi dan dua pencabar lain yang kehilangan wang pertaruhan mereka.

Bagaimanapun majoriti 8,841 yang diperolehi oleh presiden PKR itu lebih rendah berbanding 11,721 kelebihan undi yang diperolehi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada PRU 13.

PKR mendakwa kemerosotan itu berpunca daripada penyusutan dalam jumlah pengundi yang keluar mengundi, iaitu hanya 73 peratus, berbanding lebih 88 peratus pada PRU 13.

Pada pilihan raya umum lalu, Anwar memperolehi 37,090 undi  manakala calon BN ketika itu, Dr Mazlan Ismail, mendapat 25,369 undi.

Undi BN meningkat sedikit

Mengulas lanjut Azizudin berkata PRK kali ini tidak ada banyak perbezaan namun berlaku sedikit peningkatan jumlah sokongan pengundi kepada Barisan Nasional (BN).

"Kalau kita tengok kawasan-kawasan seperti Kubang Semang, Permatang Pasir, Penanti masih lagi dimenangi PKR.

"Tidak ada banyak perbezaan keputusan kali ini dengan PRU 13, cuma yang membezakan jumlah undi yang diterima oleh calon BN dan PKR adalah kerana jumlah yang keluar mengundi itu jatuh banyak dekat 15 peratus.

"Kalau calon BN itu ada meningkat sedikit jumlah undi dalamm 2% atau 500 undi berbanding PKR yang turun skit dalam 800 undi," katanya.

Malah, Azizudin berkata pilihan raya kali ini juga tidak menarik dimana isu-isu semasa yang diketengahkan kedua-dua parti politik tidak memberi kesan kepada pengundi di sini.

"Pilihan raya kali ini kurang menarik dengan PRU13 dan juga semasa pada 2008 semasa Datuk Seri Anwar bertanding.

"Isu-isu yang dibawa juga tidak memberi kesan sangat kepada pengundi di Permatang Pauh. Ceramah-ceramah pun kalau kita lihat agak kurang menarik," tambahnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana