Kemalangan DUKE: Dua pemandu Myvi didakwa esok

KUALA LUMPUR 7 Mei - Dua pemandu Myvi yang terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) yang mengorbankan tiga sekeluarga Sabtu lepas akan didakwa di Mahkamah Majistret Jalan Duta esok.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Trafik Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abd Latiff kepada Bernama hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan butiran terperinci berkenaan pertuduhan berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira 1.05 pagi itu, sepasang suami isteri Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, serta bayi mereka Nur Firuza Annisa, 7 bulan, maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di KM6.2 Lebuhraya DUKE dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta.

Susulan kejadian itu, polis telah menahan seorang lelaki berusia 31 tahun dan wanita berumur 35 tahun.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana