Keluar PR : PAS Selangor Tangkis Dakwaan Hadi Awang....Nampak Sangat Dr Ahmad BARUA PR

AMPANG 27 Mei - PAS Selangor menangkis dakwaan kononnya dua minggu selepas Muktamar Tahunan 2015, PR akan berpecah.

Bendahari PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, beliau optimis ketiga-tiga parti masih kekal bergabung di dalam PR bagi berdepan PRU14.

“Cakap- cakap kononnya selepas dua minggu selesai Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 ini bahawa PR akan hancur hanyalah sekadar persepsi  memanaskan bahang yang tidak sepatutnya tercetus.

“Itu persepsi yang boleh diterbitkan sesiapa pun, cuma saya melihat daripada sudut pandang positif iaitu kesepakatan dalam PR,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan penutup kursus kepimpinan dan pengurusan ketua kampung di Hotel De Palma Ampang, di sini, semalam

Adun Sijangkang itu menegaskan, Majlis Tertinggi PR adalah medan terbaik dan berkesan merungkai persepsi yang timbul.

“Fungsi Majlis Tertinggi PR selaku arena perbincangan masalah berbangkit, isu yang besar pun kalau kita bincang boleh selesai.

“Isu kecil jika kita biarkan, tidak dibawa berbincang secara baik akan timbulkan persepsi seperti ini kononnya PR akan berkubur dua minggu selepas muktamar,” katanya.

Beliau turut memberi keyakinan bahawa PAS Selangor kekal bersama PR.

Semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengatakan bahawa PAS  bersedia keluar dari PR untuk bergerak sendiri  kerana parti tersebut telah mempunyai pengalaman yang luas dalam arena politik sebelum ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana