Kekal Bersatu Dalam Apa Jua Keadaan - Wan Mokhtar

KUALA TERENGGANU: Bekas Menteri Besar Terengganu Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad mengingatkan pemimpin di negeri itu untuk kekal bersatu dalam apa jua keadaan.

Beliau berkata sepanjang 25 tahun menjadi Menteri Besar Terengganu, perpaduan serta kerjasama dalam kalangan pemimpin, anggota parti dan rakyat merupakan asas utama kepada kebangkitan negeri berkenaan.

"Janganlah bersengketa sesama sendiri...saya percaya, kalau kita kuat dan bersatu, kita akan kekal memerintah Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti," katanya pada Program Malam Semarak Kasih Lestari Budi Bersama Mantan Menteri Besar Terengganu di Taman Tamadun Islam, di sini malam Khamis.

Pada program bual bicara yang turut dihadiri Menteri Pendidikan II yang juga bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman bertindak sebagai moderator.

Wan Mokhtar berkata sepanjang tempoh pentadbirannya, fokus utama beliau adalah untuk membangunkan Terengganu khususnya di luar bandar.

Beliau berkata sebaik sahaja menerima hasil royalti minyak dan wang ihsan daripada kerajaan pusat, tumpuan pertama yang dilakukan adalah membangunkan pendidikan di Terengganu, selain pembangunan infrastruktur.

Sementara itu, Idris berkata beliau kagum dengan kegigihan Wan Mokhtar dalam membangunkan Terengganu daripada sebuah negeri yang jauh ketinggalan, kini menjadi semakin maju.

Katanya perpaduan merupakan kunci utama kepada usaha untuk memajukan negeri Terengganu.

Ahmad Razif pula berkata beliau beruntung kerana pada hari ini segala usaha dan platform pembangunan telahpun tersedia dan berazam untuk meneruskan agenda itu melalui Transformasi Terengganu Baharu.

Katanya, beliau banyak belajar dari pemimpin terdahulu bagi memastikan rakyat dan Terengganu mencapai status negeri maju pada masa akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana