Kejutan di ceramah Pakatan…Tanda Tanda PKR AKan Bungkus

 Kalau di tempat-tempat lain ia mungkin bukan satu cerita.Ini kisah di Permatang Pauh,tempat yang dicop kubu kuat Pakatan.

‘Kompang’ serata ceruk memang gah mengajak orang ke program ceramah Pakatan di Taman Guar Perahu ini sempena kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh pada Khamis malam.

Ini kerana barisan para penceramah yang disenaraikan akan turun hebat-hebat belaka.

Antaranya Timbalan Presiden PKR Azmin Ali,Naib Presiden Nurul Izzah dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (gambar - sedang berucap depan hadirin yang tak ramai).

Sebaliknya kalangan wartawan yang berkejar ke situ untuk membuat liputan terkejut melihat jumlah kehadiran orang amat ciput.

Ceramah asalnya dijadual bermula 9 malam.Tunggu punya tunggu lebih setengah jam kemudian baru nak mula.Waktu itu jumlah mereka yang hadir boleh dibilang dengan jari.

Keresahan jelas tergambar pada wajah jentera kempen yang bertugas mengendalikan ceramah melihat suasana yang suram tidak dapat sambutan itu.

Pada waktu puncak bila Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah selaku calon sampai di situ sekalipun adalah sekitar 100 orang.

Itu pun kebanyakan yang terpacak di situ terdiri dari jentera kempen Pakatan sendiri.

“Ini macam ceramah syok sendiri bisik seorang wartawan kepada rakannya.

Apakah senario ini memberi petanda mengenai arah tuju pilihanraya kecil ini?

Atau mungkin orang Permatang Pauh sudah letih nak layan ceramah sana ceramah sini.
“Biasalah kempen belum begitu panas lagi…tunggu dekat-dekat hari mengundi nanti berduyun datang ,” itu alasan diberi seorang jentera kempen Pakatan di situ untuk cover sambutan dingin ceramah itu ketika dirisik mengenainya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana