Kejadian amuk dalam kawasan Pusat Tarbiah PAS

Kira-kira 20 pelanggan sebuah gerai makan lari lintang- pukang selepas seorang lelaki dipercayai berada di bawah pengaruh dadah tiba-tiba melepaskan beberapa das tembakan dalam kawasan Pusat Tarbiah PAS di Rantau Panjang, tengah malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, suspek dikatakan berbuat demikian selepas berang dengan seorang pemilik kedai makan yang memarahinya kerana melanggar kereta milik seorang pelanggan.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, sebelum itu, suspek yang memandu kereta Subaru masuk ke dalam kawasan berkenaan sebelum terlanggar sebuah kereta Proton Saga seorang pelanggan.

“Akibatnya, seorang peniaga lelaki di gerai makan berusia 49 tahun menjerit sebelum membaling batu sehingga menyebabkan cermin kereta suspek pecah. Suspek yang berang lalu melepaskan beberapa das tembakan ke udara.

“Pada masa sama kira-kira 20 pelanggan bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri.

“Selepas itu suspek mencuri tiga telefon bimbit yang ditinggalkan pelanggan di kedai makan itu sebelum melarikan diri,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, suspek berusia 40 tahun itu, bagaimanapun berjaya ditahan enam jam kemudian di rumah keluarganya Pasir Mas, kira-kira jam 7 pagi semalam.

Katanya, polis turut menemui kelongsong peluru jenis ‘ball bearing’ dengan menggunakan pistol tiruan dari negara jiran di lokasi kejadian.

“Kami masih menjalankan siasatan lanjut termasuk motif sebenar kejadian itu dan suspek ketika itu dipengaruhi dadah jenis methampetamine.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 448 Kanun Keseksaan,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana