Kehadiran PasMa bukan satu ancaman, kata Azmin..Cakap Boleh Lah

KUALA KUBU BHARU: Kehadiran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) tidak wajar dianggap satu ancaman, tidak kira sama ada ia kekal pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau berubah menjadi parti politik, demikian pendapat Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Katanya, sebaliknya PasMa sepatutnya diraikan kerana kewujudannya boleh dianggap sebagai sumbangan kepada proses reformasi negara.

"Terserah kepada mereka (PasMa). Biar mereka putuskan.

"Setiap pandangan itu merupakan sumbangan yang besar untuk proses reformasi dalam negara kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Notis 5A Daerah Hulu Selangor, sebentar tadi.

Terdahulu ada pihak mempersoalkan penubuhan PasMa apabila mahu dinaiktaraf menjadi parti politik.

Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yussof berkata tujuan PasMa menjadi parti politik semata-mata untuk menyertai pilihan raya ia bukanlah pilihan yang baik.

Ujarnya yang melabel PasMa sebagai parti serpihan PAS sukar untuk bertahan lama dan memberikan contoh seperti Hamim, Berjasa dan Semangat 46 namun gagal bertahan.

Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi pada Ahad memberitahu terdapat desakan yang kuat untuk NGO itu dinaiktaraf menjadi parti politik.

Bagaimanapun, keputusan bersabit perkara itu hanya akan diputuskan pada Jun depan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana