Kecoh...penumpang lain bantu tahan lelaki mabuk dalam pesawat MAS

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Gara-gara seorang penumpang yang mabuk dan menganggu anak kapal, sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH179 yang berlepas dari KLIA ke Colombo terpaksa berpatah balik, semalam.

“Penumpang mabuk terbabit mula menganggu anak-anak kapal Malaysia Airlines sejurus selepas penerbangan itu berada udara.

“Oleh kerana saiz badannya besar, penumpang lain terpaksa membantu anak-anak kapal untuk menahan penumpang itu,” kata kenyataan MAS.

Bagi memastikan keselamatan dan keselesaan penumpang lain dalam pesawat berkenaan, Kapten penerbangan membuat keputusan untuk membuat pusingan udara dan berpatah balik ke KLIA, jelas MAS dalam kenyataan itu.

“Sebaik mendarat semula di KLIA, penumpang mabuk terbabit diserahkan kepada pihak berkuasa.

“Penerbangan MH179 tersebut kemudiannya berlepas ke Colombo pada jam 10.06 pagi ini,” kata kenyataan itu lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana