Kalau Betul Apa Salahnya....Hadi Masih Berminat Bersukutu Dengan UMNO, Kata DAP

KUALA LUMPUR 20 Mei - Pendedahan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat bersetuju idea kerajaan perpaduan mengejutkan DAP.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, isu ini tidak pernah diperjelaskan sebelum ini kepada DAP.

“Ini satu pendedahan yang mengejutkan kerana pemimpin DAP langsung tidak pernah diberitahu tentang kerajaan perpaduan bersama Umno dan BN pada tahun 2009.

“Hadi mungkin berminat dengan idea tersebut, namun cadangan kerajaan perpaduan itu pastinya telah mengesampingkan DAP secara keseluruhan,” katanya lapor Malaysikini.

Semalam, Hadi mendedahkan Anwar dan Nik Aziz pernah menyatakan persetujuan bagi PAS mewujudkan kerajaan perpaduan bersama UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Jelas Guan Eng, pendedahan ini jelas menunjukkan Hadi kini lebih terarah kepada kepimpinan UMNO dibawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan membelakangi Pakatan Rakyat.

“Pendedahan Hadi tentang rancangan kerajaan perpaduan pada tahun 2009 di tengah-tengah krisis perlembagaan di Perak, yang beliau nampaknya masih berminat, menunjukkan sejauh mana beliau bersekutu dengan Umno dan BN,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana