Kabinet Bayangan Pakatan: Tamparan 'ke muka' Ketua Pembangkang

Baru 24 jam dilantik secara rasmi sebagai Ketua Pembanglang di Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail 'dimalukan' oleh PAS dan DAp yang menolak idea pertama beliau iaitu mewujudkan 'Kabinet Bayangan'.
PAS dan DAP senada pada Selasa menolak idea Wan Azizah mengenai 'kabinet bayangan' selepas mengangkat sumpah jawatan pada Isnin.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr. Mohd. Khairudin Takiri Aman Razali berkata, secara peribadi berpendapat bahawa pakatan itu masih perlu menempuh perjalanan yang jauh lagi yang perlu difokus dan diselesaikan.

"Tak perlu 'Kabinet Bayangan', buat sementara ini tak perlu lagi, jauh lagi perjalanan kita, jika ia dipersetujui dalam mesyuarat secara bersama tiga
parti.

"Tetapi kalau pandangan secara peribadi tak perlu lagi, kerana kita masih mempunyai banyak isu tertangguh dalam PR.

"Banyak menimbulkan persoalan nanti sekiranya 'Kabinet Bayangan' wujud, banyak isu tertangguh antaranya hudud, manakala hubungan tiga parti dalam pakatan telah rapuh," kata Ahli Parlimen Kuala Nerus itu ketika ditemui di Parlimen Selasa.

Sementara itu, DAP turut menolak idea Wan Azizah itu kerana DAP ada kabinet bayangan sendiri.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, cadangan ketua pembangkang itu melaksanakan Kabinet bayangan PR tidak lagi dilihat praktikal untuk dilaksanakan.

"Ia tidak lagi praktikal untuk dilaksanakan. Lebih baik setiap parti mempunyai Kabinet bayangan masing-masing," katanya.

“Selepas pengalaman kita dengan Datuk Seri Abdul Hadi bahawa beliau boleh veto, dia boleh tolak (keputusan) sama sekali, beliau boleh buat keputusan diri sendiri seperti kes hudud yang tiada perbincangan langsung dengan mana-mana pihak saya rasa cadangan (kabinet bayangan PR) adalah tidak praktikal.

“Oleh itu, cadangan tersebut saya rasa susah untuk dilaksanakan, oleh itu pihak kami rasa lebih baik kita ada satu kabinet bayangan untuk setiap parti dan setiap parti akan adakan perbincangan.

“Jadi mekanisme ini telah berubah dan saya rasa benda ini juga akan dipersetujui oleh Ketua Pembangkang,” katanya

Menurut Lim yang juga ahli Parlimen Bagan, keputusan untuk melaksanakan Kabinet bayangan sudah dimaklumkan kepada Wan Azizah.

Katanya Kabinet bayangan DAP membabitkan 18 portfolio kementerian yang diwakili setiap ahli Parlimennya.

Pada Isnin, Wan Azizah memberitahu, beliau mahu mewujudkan 'Kabinet Bayangan' selepas upacara mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh serta Ketua Pembangkang menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat.

Tambah beliau, daripada memberi keutamaan dalam mewujudkan 'Kabinet Bayangan', katanya adalah lebih baik fokus bagaimana untuk berhadapan dengan UMNO.

Ditanya mengenai sekiranya Wan Azizah dipilih untuk jawatan tertinggi andai kata 'Kabinet Bayangan' itu berlaku, beliau dengan lantas menjawab hakikat itu hanya boleh diterima sekiranya dipersetujui sebulat suara oleh ketiga-tiga parti.

"Sokong kalau ada sepakatan mesyuarat Presiden, kami ahli dengar sahaja, kalau bersama kita terima sahaja, sebab pakatan rakyat mewakili persefahaman tiga parti," ujar beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana