JUMLAH KERUSI DUN SARAWAK BERKEMUNGKINAN KEKAL DENGAN 71

ASAJAYA – Kemungkinan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang kekal dengan 71 kerusi, kata Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau memberitahu, sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak melakukan segera lakaran semula cadangan persempadanan semula itu mengikut peruntukan yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga Belas maka jumlah kerusi kemungkinan kekal seperti yang ada.

“Cadangan persempadanan semula kawasan DUN ini memerlukan masa di peringkat negeri dan persekutuan, sekiranya ia tidak dilakukan pada masa ini maka kemungkinan pada PRN ke-11 nanti kerusi (DUN) kekal 71 kerusi,” katanya.

Karim yang juga ahli Majlis Tertinggi PBB berkata, namun masih ada masa untuk SPR melakukan lakaran semula persempadanan kawasan DUN mengikut peruntukan yang telah ditetapkan.

“DUN Sarawak bubar secara automatik pada Jun tahun depan, jadi masih ada waktu untuk SPR melakukannya semula,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkara itu selepas Majlis Kesyukuran Gereja di Kampung Sampun Tebun, Asajaya di sini semalam.

Bagi kerusi baharu, tegasnya pihaknya sentiasa bersedia untuk membuat persiapan sekiranya ada tambahan dilakukan.

Pada Jumaat lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Yew Jen Kie dalam keputusannya mengarahkan SPR menerbitkan semula notis syor-syor yang dicadangkan untuk persempadanan semula kawasan DUN melibatkan penambahan 11 kerusi baharu.

Ini susulan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang, See Chee How yang membawa isu ini ke Mahkamah Tinggi Kuching untuk dilihat semula sebagai usaha untuk memastikan ketelusan SPR dalam menjalankan persempadanan semula kawasan baru.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana