Jangan dilayan tuntutan Filipina... PBB iktiraf Sabah sebahagian dari Malaysia

Filipina boleh terus 'memekak' soal tuntutannya ke atas Sabah tetapi pendirian Malaysia tegas iaitu tidak mengiktiraf dan tidak akan melayan usaha negara itu.
Ini kerana menurut Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman Sabah telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa sebagai sebahagian daripada Malaysia sejak 16 September 1963.

“Kerajaan Malaysia menegaskan pendiriannya bahawa Malaysia tidak mengiktiraf dan tidak akan melayan sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak ke atas Sabah,” katanya dalam satu kenyataan.

Anifah berkata kementerian telah memanggil Kuasa Usaha Kedutaan Besar Republik Filipina Medardo G. Macaraig pada 19 Mei berkaitan kenyataan oleh Presiden Filipina Benigno S. Aquino III berhubung tuntutan Filipina ke atas Sabah dalam satu temu bual pada 15 Mei.

Dalam temu bual itu, Aquino menegaskan bahawa Filipina tidak akan menggugurkan tuntutannya ke atas Sabah dan ada faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum mengambil langkah untuk mengemukakan tuntutan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana