Jangan biarkan gunting dalam lipatan di dalam parti....Khianati Parti Wajib Keluar

 Jangan biarkan ‘kanser’ di dalam parti.

Seluruh anggota dan pemimpin UMNO perlu terus menunjukkan semangat penyatuan dan tidak sesekali membiarkan wujudnya ‘kanser’ dalam parti keramat Melayu itu.

Demikian ditegaskan Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh susulan kritikan demi kritikan yang diterima Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk daripada orang dalaman parti sendiri.

“Presiden kita dicaci oleh pihak tidak bertanggungjawab. Kenapa ada satu, dua orang yang mengkritik, beliau perlu turun (letak jawatan)?

“Dalam UMNO, kalau ada kanser, tak boleh biarkan. Jangan ada gun­ting dalam lipatan. Jika tidak, seluruh parti akan hanyut,” katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Solidariti di hadapan 40,000 orang anjuran UMNO Bahagian Kalabakan di Padang Bandaran Tawau dekat sini hari ini.

Perhimpunan itu dihadiri Najib serta isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Yang turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman serta barisan Kabinet negeri.

Abdul Ghapur berkata, selaku rakyat dan ahli parti, kepemimpinan Najib akan terus disokong.

“Kita akan sentiasa menyokong beliau. Kita ini bersatu dan kita tahu beliau berjiwa rakyat. Apa yang kita minta, beliau tidak pernah kata tidak,” tambahnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana