Isu hudud tak jejas kemenangan PKR di Permatang Pauh, kata Mat Sabu...Silap Silap Jijah Kalah

PULAU PINANG: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yakin keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh esok akan berpihak kepada calon PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail walaupun hudud isu hangat di Permatang Pauh.

Mohamad Sabu atau Mat Sabu berkata, isu hudud yang dibangkitkan oleh banyak pihak termasuk akar umbinya tidak akan langsung menjejaskan sokongan pengundi kepada Presiden PKR itu.

"Tidak akan menjejaskan sebab segala persiapan telah kami lakukan dan tidak akan menjejaskan undi, bahkan akan bertambah lagi kali ini," katanya kepada pemberita dalam sidang media terakhir pakatan rakyat yang diadakan di pusat media di Yayasan Aman di sini.

Kenyataan beliau itu turut disokong oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar apabila meminta media supaya tidak mencipta lagi pelbagai masalah dengan bertanyakan soalan seperti itu.

"Jangan tambahkan lagi banyak cerita di dalam surat khabar Utusan, sebab kami sudah buat persiapan," katanya kepada pemberita.

Katanya, walaupun Barisan Nasional mengekalkan kerusi Rompin, majoritinya merosot sekali gus memberi isyarat bahawa pengundi di Permatang Pauh juga tidak akan menyokong kerajaan.

"Berlaku pengurangan majoriti kepada BN dalam PRK (Rompin), ini menandakan satu suasana yang tidak baik kepada BN. Apa yang berlaku di Rompin ini menunjukkan bahawa jika mengikut persempadanan yang ada, Putrajaya akan terlepas kepada BN dalam PRU akan datang.

"Dan trend yang berlaku dalam kasawan pendalaman itu, saya yakin akan diterjermahkan di Permatang Pauh nanti, kami yakin kebanyakan daripada pelbagai golongan akan mengundi dan undi esok lebih hebat," katanya.

Untuk rekod, tempoh berkempen selama 12 hari akan tamat pada jam 12 malam ini sebelum rakyat membuat keputusan untuk membuang undi esok di PRK Permatang Pauh.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana