ISTERI Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Ke Islamabad Terhempas Helikopter

NAHAS HELIKOPTER TERHEMPAS DI PAKISTAN

Kementerian Luar Negeri ingin mengesahkan bahawa sebuah helikopter tentera Pakistan telah terhempas di kawasan Lembah Naltar, Pakistan awal pagi tadi. Helikopter tersebut sedang membawa diplomat-diplomat asing dan isteri mereka dalam rangka satu program rasmi kerajaan Pakistan.

Didalam kejadian tersebut, Duta Besar Norway, Belanda dan  Filipina, serta isteri kepada Duta Besar Indonesia dan isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Islamabad, Datin Habibah Mahmud, juga dilaporkan meninggal dunia dalam insiden tersebut.  Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Dato’ Dr. Hasrul Sani Mujtabar dilaporkan tercedera dalam kejadian tersebut dan sedang dirawat di Hospital Gilgit.

Punca kejadian masih lagi dalam siasatan. Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad sedang dalam usaha untuk mendapatkan laporan penuh berhubung kejadian ini.

Kementerian Luar Negeri merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga mangsa-mangsa nahas tersebut.

KEMENTERIAN LUAR NEGERI
PUTRAJAYA
8 MEI 2015

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana