Isteri Duta Malaysia Terbunuh Dalam Nahas Helikopter Di Pakistan

PETALING JAYA: Isteri duta Malaysia dan Indonesia ke Pakistan antara enam yang terbunuh apabila helikopter yang dinaiki mereka mereka terhempas di sebuah sekolah di utara Pakistan, menurut laporan.

Duta Norway Leif H. Larsen dan Duta Filipina Domingo D. Lucenario Jr juga dikatakan berada dalam penerbangan bersama dengan dua juruterbang. Semua mereka dilaporkan dibunuh.

AFP melaporkan konvoi tiga helikopter sedang membawa delegasi diplomat asing dan pembantu mereka ke wilayah Gilgit-Baltistan di Pakistan, yang merupakan sebahagian daripada wilayah yang menjadi pertikaian di Kashmir.

"Maklumat setakat ini, dua juruterbang dan dua-tiga warga asing terkorban. Tiga belas mangsa mengalami pelbagai tahap kecederaan," jurucakap tentera Pakistan, Asim Bajwa, menulis di Twitter.

"Ia adalah perjalanan diplomatik melibatkan ahli dari 37 negara," kata seorang penumpang di salah sebuah helikopter yang tidak mahu dikenali, sambil menambah sekolah berkenaan terbakar selepas nahas tersebut.

"Kami telah diberitahu untuk menghantar seberapa banyak ambulans kerana keadaan di sana adalah 'cemas'," kata seorang pegawai kanan.

Mereka yang cedera dibawa melalui udara ke hospital tentera di Gilgit, pusat pentadbiran di rantau ini, kira-kira 50 kilometer (30 batu) ke barat daya, tambah seorang lagi pegawai kanan polis tempatan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana