Inilah PR dakwa RMK-11 akan berhadapan masalah...Dasar Bermuka Topeng Semuanya Tak Betul.

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat (PR) mengkritik pelan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Dewan Rakyat hari ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa 'sejarah' menunjukkan kerajaan Umno-Barisan Nasional sentiasa berdepan dengan masalah pelaksanaan dalam apa yang dirancang.

"Pakatan Rakyat (PR) akan meneliti cadangan RMK-11 yang wajib dilakukan berdasarkan prinsip tatakelola pemerintahan. Kita mahukan yang terbaik. Kita boleh membentangkan pelbagai perkara tetapi yang penting prinsip pembangunan inklusif, prinsip perancangan telus iaitu jangan berdolak-dalik, bebas rasuah dan ketirisan supaya tidak ada lagi laporan yang tidak elok dari Laporan Audit Negara.

"Kita akan membuat analisa untuk perbahasan kontruktif, mengambil bahagian dengan menilai dan mengupas RMK-11 dengan memberikan pandangan sewajarnya ketika sesi perbahasan nanti," katanya ketika ditemui media, tengah hari tadi.

Wan Azizah yang juga Ketua Pembangkang berkata, Pakatan akan menilai keseluruhan rancangan itu dan akan mengambil bahagian dalam perbahasan untuk melontarkan pandangan dan kritikan yang 'konkrit dan berasas'.

RMK-11 merupakan pelan lima tahun terakhir untuk negara sebelum mencapai status negara maju selain negara berpendapatan tinggi yang disasarkan Najib dalam Rancangan Transformasi Ekonomi.

Ia bertemakan 'Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat' dengan memberi penekanan kepada enam teras strategik iaitu memperkukuhkan inklusiviti ke arah masyarakat yang saksama, meningkatkan kesejahteraan dan mempercepatkan pembangunan modal insan untuk negara maju.

Bukan itu sahaja, rancangan lima tahun berkenaan turut bertujuan menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya tahan, memperkukuh insfrastruktur bagi emnyokong perkembangan ekonomi dan merekayasan pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan kemakmuran.

Bagaimanapun, rancangan berkenaan sekali lagi menjadi sasaran pembangkang yang membuat dakwaan berterusan bahawa sistem pentadbiran kerajaan sentiasa berdepan dengan masalah korupsi.

Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali kemudiannya mengaitkan dakwaan tersebut dengan kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Malangnya tidak ada satu fokus untuk meneliti dan menyemak semula persoalan ketirisan, salah guna kuasa, penyelewengan yang menyumbang kepada jumlah yang besar seperti yang dilaporkan oleh Laporan Ketua Audit Negara.

"Saya bimbang dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, sekiranya kerajaan tidak mempunyai kekuatan moral untuk memastikan ketirisan ini dihentikan, maka pelaksanaan program-program seperti ini terganggu dan terbantut kerana dana dan hasil yang ada tidak diurus dengan baik dan bertanggungjawab. Kita lihat insiden-insiden kebelakangan ini apabila langsung tidak menyentuh tentang-langkah yang diambil oleh kerajaan," ujarnya.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Zin pula menggesa kerajaan Umno-Barisan Nasional tidak menyisihkan fokus pembangunan di negeri-negeri yang ditadbir oleh pembangkang.

"Jika mahu PR sokong kerajaan, kami tiada masalah. Namun kena berbincang sekali supaya tidak ada sesiapa yang ketinggalan atau diabaikan.

"Kita bukan tidak berpuas hati, cuma mahu memberikan kritikan yang konstruktif. Kami menyokong Wawasan 2020, semua pihak mahu lihat Malaysia berjaya. Kita mahu negara maju ke depan, namun masih ada kelemahan pada kerajaan Umno-BN dari segi pelaksanaan, sebab akhirnya akan menjadi skandal," dakwanya.

Sehubungan itu menurut Sim, kerajaan pusat perlu 'memperbetulkan' beberapa aspek di dalam pentadbirannya agar ia dapat diterima oleh pelbagai pihak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana