Inilah Dikatakan Biadap.....Bantah GST: Tian Chua Ingkar Arahan Polis, Tidak Akan Serah Diri

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR Chua Tian Chang tidak akan hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi malam Jumaat walaupun diarahkan berbuat demikian oleh polis.

Chua, yang lebih dikenali sebagai Tian Chua memberitahu The Star bahawa beliau telah dipanggil untuk menyerah diri kepada polis Kuala Lumpur tetapi berkata tidak akan melakukannya.

"Saya terperangkap dalam kesesakan di Ipoh sekarang. Saya dalam perjalanan ke Pulau Pinang dan saya tidak boleh berpatah balik. Jadi, jika mereka mahu tangkap saya, mereka boleh tangkap saya di Pulau Pinang," katanya.

Chua berkata beliau 'meluat' dengan apa yang didakwa sebagai salah guna kuasa oleh pihak polis yang mengheret penunjuk perasaan dan pemimpin perhimpunan aman.

Sebelum ini dilaporkan bahawa 59 penunjuk perasaan bantah GST telah ditangkap di sekitar bandaraya Kuala Lumpur selepas himpunan pada 1 Mei berakhir pada petang Jumaat, dengan pemimpin-pemimpin pembangkang dan aktivis sosial telah diminta menyerah diri di ibu pejabat polis Dang Wangi malam Jumaat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana