Hanipa Maidin Syor PAS Anjur Debat Calon Presiden...Meroyan Apa Mamat Ni Kot

KUALA LUMPUR 4 Mei - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat,  Mohamed Hanipa Maidin mengesyorkan PAS menganjurkan debat secara terbuka di antara calon presiden dan timbalan presiden bagi membolehkan para perwakilan menilai sendiri krelibiliti dan potensi pemimpin dalam menerajui parti.

Beliau berkata, ianya turut membantu para perwakilan melihat sendiri pemimpin PAS yang mampu mengukuhkan hubungan bersama rakan Pakatan Rakyat (PR) sebagai perjuangan demi masa depan politik negara.

"Saya percaya ramai orang di luar Pas yang meneliti dengan mendalam perkembangan PAS muktakhir ini khususnya di dalam suasana kerancakan 'demam' muktamar PAS yang akan diadakan di awal bulan Jun ini," katanya memetik laporan The Malaysian Insider.

Beliau turut menyambut baik pencalonan bagi jawatan Presiden yang membuktikan keberanian ahli di akar umbi dalam mengangkat sistem demokrasi dalam parti.

Ini kerana katanya, jawatan tertinggi PAS tidak akan disaingi mana-mana pemimpin dan akan diisytihar menang tanpa bertanding.

"Namun tradisi tersebut nampaknya kini sudah mula berubah dan ini berkemungkinan berlaku disebabkan para ahli dan pimpinan PAS di peringkat bawah sudah mula 'berani' bersuara dan mahukan prinsip pertanggungjawaban, ketelusan, pencapaian, integriti dan merit dijadikan asas utama pemilihan kepimpinan setinggi mana sekalipun jawatan yang dipertandingkan," katanya.

Sehingga kini, penyandang jawatan presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat 99 pencalonan, naib presiden Datuk Husam Musa (8) dan bekas naib presiden Ahmad Awang (5).

Untuk jawatan timbalan presiden pula, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man unggul di depan apabila mendapat 94 pencalonan berbanding penyandangnya Mohamad Sabu (12) dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (3).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana