Hadi hilang akal tuduh DAP mahu kuasai Putrajaya secara sendirian - Guan Eng

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan Presiden PAS seolah-olah sudah 'hilang akal' apabila menuduh parti yang didominasi kaum Cina itu mahu memerintah negara secara bersendirian.

Katanya lagi, Hadi tidak sepatutnya menggunakan alasan itu hanya kerana mahu membentuk gabungan kerajaan bersama Barisan Nasional (BN).

"Kalau nak gabung, pergilah. Jangan cari alasan macam ni. Jangan hilang akal macam ni. Sekarang dia (Abdul Hadi) main sentimen perkauman untuk serang DAP.

"DAP tak pernah cakap nak memerintah negara secara sendirian," kata Lim dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan di sebuah forum di Kuala Lumpur hari ini.

Semalam Hadi membuat kenyataan bahawa PAS bersedia memutuskan hubungan dengan DAP berhubung responnya terhadap isu kabinet bayangan.

Sambil menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak berpijak di bumi nyata.

Malah kepemimpinan tertinggi parti itu mungkin tidak sedar bahawa bumi Malaysia ini mempunyai masyarakat berbilang bangsa dan agama.

Tambah Guan Eng lagi sikap Hadi itu tidak mencerminkan seorang pemimpin PAS yang boleh disegani semua rakyat Malaysia.

Lim berkata, 'kabinet bayangan' yang dilaporkan media itu bukanlah usaha DAP untuk membentuk kerajaan secara sendirian.

Katanya, DAP hanya melantik 37 ahli parlimen parti itu untuk bertindak sebagai jurucakap kepada 18 kementerian yang ada.

Malah, katanya, ahli parlimen yang dilantik itu terdiri daripada pelbagai bangsa berbanding PAS yang hanya diwakili ahli parlimen satu bangsa saja.

"Jelas hati dia (Abdul Hadi) tak ada bersama Pakatan Rakyat lagi," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana