Hadi enggan ramal PR akan dibubar atau tidak....Tinggal Lah PR Tu

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang enggan meramal adakah Pakatan Rakyat akan dibubar dalam masa terdekat seperti mana yang dijangka Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

"Mungkin (bubar) itu saya tidak tahu, saya sendiri tak tahu masa akan datang. Saya pun tak tahu sama ada saya hidup lagi atau tidak esok. Tunggu bila tiba masanya.

"Saya tak boleh ulas perkara yang akan datang. Itu sudah melangkau kuasa Tuhan. Kita tak tahu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Justeru Ahli Parlimen Marang itu berkata pihaknya akan mengambil pendekatan tunggu dan lihat disaat kepimpinannya terus menerus ditekan DAP, agar parti Islam itu keluar daripada Pakatan Rakyat.

DAP sebelum ini memutuskan hubungan dengan Hadi kerana mendakwa tokoh itu tidak amanah dan tidak jujur bersabit isu pelaksanaan hudud di Kelantan.

"Kita tunggu dan lihat," katanya ringkas.

Hadi bagaimapun bertegas, PAS tidak akan keluar daripada Pakatan Rakyat dan akan komited dengan gagasan itu, meskipun berselisih pendapat dengan DAP.

"Kita pernah (berjuang secara sendiri) dan kita semua pernah bersendirian, pernah berada dalam dan luar kerajaan tetapi biasanya peristiwa lama tidak akan berulang lagi dan konsep kita mesti bersama masyarakat majmuk di Malaysia serta tak boleh bersendirian," katanya.

Hadi baru-baru ini berkata, PAS bersedia untuk memutuskan hubungan dengan DAP ekoran tindak-tanduk pemimpin parti itu yang mahu membentuk kabinet bayangan sendiri tanpa penglibatan PAS dan PKR.

Kata Hadi, kabinet bayangan yang diumumkan DAP itu 'syok sendiri' kerana tidak mengambilkira konteks masyarakat majmuk di Malaysia.

Hadi dalam pada itu memberitahu beliau 'seronok' melihat telatah rakan kompenan Pakatan Rakyat khususnya DAP yang turut sama berkempen untuk parti itu menjelang Muktamar Agung parti itu.

"Saya tumpu pada Muktamar Agung pemilihan PAS sahaja cuma saya seronok kerana ada parti-parti lain turut kempen bersama dan saya beri peluang semua parti untuk kempen bagi pemilihan PAS kali ini," katanya.

Muktamat PAS kali ke-61 akan berlangsung di Shah Alam dan Kuala Selangor bermula 2 hingga 6 Jun depan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana