Guna Fakta Tidak Betul, Nga Kor Ming Dibidas Di Dewan Rakyat....Bangang Ini lah Dia

KUALA LUMPUR 18 Mei - Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dari parti DAP hari ini dibidas apabila mengeluarkan kenyataan tanpa merujuk fakta yang betul di Dewan Rakyat .

Beliau ditempelak oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Young selepas mengemukakan soalan tambahan mengenai usaha kerajaan mengawal perbelanjaan dan hutang negara sedangkan bersikap boros termasuk berhubung pembelian jet peribadi.

"Jet itu bukan jet peribadi, itu jet kerajaan maka saya berharap Yang Berhormat betulkan fakta dulu," kata Tee Young.

Tee Young turut menegur Kor Ming yang bersikap tidak adil dengan hanya menggunakan rujukan yang memihak kepada agenda pembangkang untuk menghentam kerajaan.

Jabatan Perdana Menteri semalam mengeluarkan kenyataan bahawa pesawat berkenaan sudah digunakan secara rasmi membawa Yang di Pertuan Agong dari Alor Setar ke Langkawi.

Pesawat itu juga untuk kegunaan Raja-Raja, Perdana Menteri, Timbalannya serta menteri-menteri Kabinet berdasarkan peraturan ditetapkan.

Terdahulu, Kor Ming turut menggunakan laporan agensi penarafan Fitch berhubung penurunan gred negara dalam penilaiannya untuk memburuk-burukkan pengurusan kepimpinan negara.

Tee Young terus menempelak sikap Kor Ming tersebut malah sebaliknya turut menyatakan penarafan yang diberikan agensi penarafan lain terhadap kedudukan kewangan dan hutang negara.

"Kenapa Yang Berhormat mesti menggunakan Fitch tetapi tidak menggunakan Moody’s dan Standard and Poor’s.

"Moody’s telah mengatakan bahawa dari segi kredit rating, kita adalah positif dan Standard and Poor’s ada mengatakan stabil, maka kita tidak moody's analycticharus melihat satu sahaja," katanya.

Kerajaan katanya, komited menguruskan kewangan negara dan buktinya terserlah dengan penurunan defisit fiskal dari 6.7 peratus sewaktu awal pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak kepada 3.5 peratus tahun lalu dan dijangka kepada 3.2 peratus hujung tahun ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana