GUAN ENG ANGKUH CABAR HADI TUNJUK DALIL AL QURAN TENTANG HUDUD !!

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mencabar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengemukakan bukti dalil Al Quran yang membenarkan umat Islam memarahi pihak yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud.

“Sebagai seorang yang bukan beragama Islam dan tanpa ilmu mengenai agama Islam, saya hanya tahu bahawa Islam adalah agama ramah, bukan agama marah.

“Saya memohon Hadi supaya mengemukakan dalil Quran yang manakah dijadikan hujah bahawa umat Islam mesti sentiasa marah terhadap mereka yang tidak percaya, mahupun mereka yang tidak sependapat,”katanya dilapor malaysiakini

Lim berkata DAP membantah hudud kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan, bukan kerana ia sebahagian daripada ajaran Islam.

“Adakah Hadi hanya marahkan DAP kerana DAP merupakan satu-satunya parti yang ikhlas dan serius membantah undang-undang hudud tidak seperti parti-parti lain yang tidak benar-benar komited, tetapi sekadar bersandiwara mengikut arahan Umno?” katanya lagi.

Lim berkata demikian sebagai respon kenyataan Hadi pada program “Bicara Harakah” semalam yang berkata tanggungjawab dalam perkara berkaitan agama Islam merupakan sebab PAS masih ‘marah’ dengan DAP apabila bapanya yang juga penasihat DAP, Lim Kit Siang menolak hudud secara terbuka dalam satu ceramah di Kota Bharu.
“Bila kita nak mengemukakan usul yang berkait dengan undang-undang jenayah syariah (Hudud) di Kelantan, yang berkait dengan orang Islam sahaja, tidak ada kena mengena (dengan) orang bukan Islam.
“Kita sudah mengadakan pertemuan bersama dengan DAP dan (DAP) bersetuju Kelantan ada hak untuk mengemukakannya, DAP (ada) hak dia (untuk) tak bersetuju.
“Namun demikian, dia terus membuat kenyataan menghentam Kelantan…ini hak Kelantan, kita dah bersetuju,” kata Hadi,lapor Bernama.
Beliau berkata ketika menjawab pertanyaan seorang hadirin pada program itu yang bertanya mengapa PAS masih marah dengan DAP yang merupakan rakan dalam Pakatan Pembangkang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana