GST ditambah baik, ambil tindakan pada peniaga khianat - PM...Syabas

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sungguhpun ia tidak popular.
Dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pagi ini, PM memberi jaminan bahawa hasil tambahan daripada pelaksanaan GST akan digunakan untuk kebaikan rakyat.

Menurut beliau, kerajaan memerlukan hasil dan punca kewangan yang lebih mantap untuk membolehkan negara mara ke depan.

"Walaupun GST sesuatu yang tidak popular dalam jangka pendek tetapi kerajaan akan memperbaikinya perlaksanaannya termasuk mengambil tindakan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab (peniaga ambil kesempatan) dalam pelaksanaan cukai itu dan terus memberi penerangan kepada rakyat," katanya.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri-Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.

Jelas Perdana Menteri, kerajaan akan menerang dan membentangkan kepada rakyat tentang manfaat yang dinikmati mereka daripada hasil tambahan pendapatan negara.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata apabila hasil pendapatan bertambah, kerajaan akan menerangkan kepada rakyat secara telus kerana rakyat hendak tahu penggunaan pendapatan negara itu.

"Nanti, saya akan bentangkan kepada rakyat, bahawa duit tambahan ini, kita akan menggunakan untuk kebaikan rakyat dan negara. Ini saya hendak memberi jaminan bahawa itulah sebenarnya hasrat kerajaan.

"Apabila keadaan kita lebih kukuh, pasaran yakin kepada ekonomi negara kita, kita ada punca tambahan, kita boleh mara ke hadapan," katanya.

Najib berkata kerajaan telah menambah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun ini bagi mengurangkan kos harga barang naik dan mengurangkan kadar cukai perseorangan.

"Untuk kita lakukan semua ini, kita perlu ada punca kewangan yang boleh mengukuhkan lagi pendapatan negara," katanya sambil menambah beliau akan membentangkan Rancangan Malaysia ke-11 pada 21 Mei ini yang menggariskan perancangan kerajaan untuk lima tahun akan datang.

Najib berkata untuk menjadi negara yang kompetitif dan negara ekonomi berpendapatan tinggi, cukai korporat perlu diturunkan seperti dilakukan Thailand dan Singapura yang masing-masing telah menurunkannya kepada 20 peratus dan 17 peratus, selain menurunkan cukai perseorangan.

Kadar cukai korporat semasa Malaysia kini ialah 25 peratus.

Najib menarik perhatian apabila berkata sejak beliau mengambil alih pucuk kepimpinan negara pada 2009, kerajaan pada setiap tahun tidak pernah gagal untuk mengurangkan kadar defisit negara.

"Apabila saya ambil alih kepimpinan, defisit negara adalah 6.6 peratus. Setiap tahun tanpa gagal dan secara konsisten, kadar dikurangkan kepada 3.5 peratus setahun. Ini menunjukkan kita berada di landasan untuk capai bajet berimbang 2020," katanya.

Najib berkata kerajaan perlu yakin dengan apa yang dilaksanakan telah mencapai keberhasilan dan daya saing negara juga bertambah.

"Yakinlah kalau kita teruskan usaha apa yang dilakukan, perbaiki kelemahan lain dan kita bekerja sebagai pasukan.

"Kalau ada masalah lain dalam tempoh itu, beri tempoh untuk selesaikan, dan saya yakin ia dapat diselesaikan dengan syarat kita bersama sebagai satu keluarga. Yakinlah apa yang kita impikan boleh diselesaikan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana