Golongan oportunis seronok tengok Dr Mahathir serang Najib

‘Perang dingin’ Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan berakhir selagi ada batu api dan oportunis, kata Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
“Golongan inilah yang cuba merosakkan imej UMNO, mereka laga-lagakan kedua pemimpin atas isu yang dibangkitkan oleh pihak berkepentingan,” tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras itu.

Secara berterus terang beliau mendakwa gerakan itu juga seperti usaha terancang memecah-belahkan perpaduan orang Melayu di negara ini.

“Saya amat bimbang ada strategi untuk hancurkan orang Melayu dan senjatanya ialah dengan lagakan Dr. Mahathir dengan Najib,” tegasnya.

Menurut beliau, walaupun Najib telah menjawab kesemua tuduhan dibangkitkan Dr. Mahathir, tetapi jawapan itu tidak akan memuskan hati golongan yang sengaja mahu melihat perpecahan terus  berlaku dalam parti.

“Golongan oportunis dan batu api ini seronok melihat Dr. Mahathir menyerang Najib kerana mereka mempunyai agenda menghancurkan UMNO,” tegasnya.

Oleh sebab katanya, ada pihak sanggup mengadakan perhimpunan dengan menjemput Dr. Mahathir berceramah sambil menyerang kepimpinan Najib.

Sehubungan itu katanya, ahli-ahli UMNO perlu berwaspada agar tidak terperangkap dengan gerakan seumpama itu.

Beliau menyeru semua pihak kembali bersatu dengan melihat kepentingan UMNO dan masa depan umat Melayu.

“Kita dimaklumkan Dr. Mahathir akan buat road show, motifnya dikatakan  untuk burukkan Najib, ini satu perbuatan tidak elok,” katanya.

Sesama UMNO tegas beliau, sepatutnya mengutamakan kepentingan parti dan rakyat daripada agenda peribadi.

Katanya, setiap pemimpin (Perdana Menetri) ada caranya tersendiri dan setiap daripada mereka berbeza pendekatannya.

“Dr. Mahathir dengan caranya selama 22 tahun dan Najib juga ada caranya tersendiri, termasuk Pak Lah (Tun Abdullah Ahamd Badawi), jadi tidak perlu  dijadikan perbandingan,” ujarnya.

Apa yang penting katanya, Najib telah membuktikan bahawa beliau seorang Perdana Menteri dan Presiden UMNO yang perjuangannya berpaksikan kepada kepentingan rakyat.

“Selaku presiden, beliau telah berjaya membawa satu anjakan kearah pengukuhan parti dan sebagai ketua kerajaan, kepentingan rakyat tetap menjadi keutamaan,” katanya.

Beliau mengulangi pendiriannya bahawa Najib masih mendapat sokongan padu daripada rakyat dan seluruh pemimpin serta ahli-ahli UMNO.

Dalam masa yang sama kata beliau, ahli UNMO juga masih menghormati Dr. Mahathir sebagai bekas presiden parti dan Perdana Menteri yang banyak jasanya kepada negara.

Bagaimanapun beliau bimbang rasa hormat rakyat terhadap Dr. Mahathir akan terhakis apabila beliau dilihat berterusan menyerang Najib dengan pelbagai tuduhan.

“Najib sudah menjelaskan 13 perkara yang dibangkitkan oleh Dr. Mahathir, saya berharap mantan Perdana Menteri itu akan berpusa hati,” katanya.

“Dr.Mahathir diharap boleh menerima penjelasan Najib, yang dianggap oleh banyak pihak sebagai telus dan berterus terang.

Syed Ali menjelaskan, 'perang dingin' antara Dr. Mahathir dengan Najib tidak akan memberikan sebarang manfaat kepada UMNO dan orang Melayu.

Sebaliknya ujar beliau, rakyat akan terperangkap dengan persepsi negatif yang boleh memberi kesan buruk  kepada UMNO.

Katanya, tidak ada yang untung jika pemimpin UMNO terus bercakaran sesama sendiri malah akan menghakis tahap keyakinan orang Melayu terhadap parti dan kerajaan.

“Saya percaya Dr. Mahathir juga tidak mahu UMNO menjadi punah dan hilang sokongan orang Melayu, oleh sebab itu saya berharap  kemelut yang berlaku itu dapat diselesaikan secara keluarga,” tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana