Gaya sempoi KJ di Festival Belia Putrajaya 2015 tarik perhatian ramai

KUALA LUMPUR: Rata-rata pengguna laman media sosial memuji gaya selamba Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam mendekatkan diri dengan pengunjung Festival Belia Putrajaya 2015 yang berlangsung sejak semalam.

Mengenakan t-shirt dan jeans, Khairy turut menggunakan skateboard untuk meninjau sekeliling program berkenaan sambil beramah-mesra dengan pengunjung.

“Kipidap, kami suka gaya anda,” kata pengguna Facebook, Maslinda.

“Menteri belia yang osem,” tulis Mohd Asri.

Ternyata Khairy menggunakan cara yang amat jarang dilakukan oleh mana-mana pemimpin, terutamanya bagi mereka yang pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan.

Festival Belia Putrajaya 2015 berlangsung dari semalam dan akan berakhir pada hari ini. Ia merupakan acara tahunan yang pertama kali diadakan menerusi Program Rakan Muda.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana