Gambar Polis AS Biadap Hina Lelaki Kulit Hitam

CHICAGO 28 Mei - Gambar dua anggota polis berkulit putih memegang raifal dengan seorang lelaki kulit hitam yang dipasang tanduk seperti haiwan yang diburu, disiarkan mahkamah Illinois.

Menurut laporan Chicago Tribune semalam, Lembaga Polis Chicago memecat Detektif Timothy McDermott kerana gambar itu, Oktober lalu.

McDermott memfailkan saman tetapi ditolak mahkamah manakala peguamnya memohon gambar berkenaan tidak disiarkan kepada umum.

Seorang lagi anggota polis dalam gambar itu, Jerome Finnigan yang dihukum penjara 12 tahun kerana jenayah pecah masuk rumah dan rompakan. Bagaimanapun, identiti lelaki kulit hitam itu tidak diketahui.

Penyiaran gambar berkenaan memburukkan keadaan serta menjejaskan imej polis Amerika Syarikat yang dikecam kerana memberi layan buruk kepada penduduk kulit hitam, termasuk kes polis menembak mati lelaki kulit hitam tidak bersenjata di Ferguson, Missouri dan New York sejak beberapa tahun lalu.

Menurut Lembaga Polis Chicago gambar berkenaan dirakam antara Oktober 1999 dan Julai 2003. - Reuters

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana