Dua pesawat dihantar ke Arab Saudi untuk pindahkan warga Malaysia di Yaman .....Tentera kita bukan sertai pakatan Arab
KUALA LUMPUR, Isnin – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan dakwaan agensi berita Arab Saudi (SPA) yang mengatakan tentera Malaysia menyertai pakatan negara Arab bagi menentang pemberontak di Yaman.
Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, berkata tujuan Malaysia menghantar pasukan tentera ke Arab Saudi untuk memudahkan pemindahan rakyat Malaysia yang masih berada di negara bergolak itu.
Dua pesawat tentera udara ditempatkan di Pangkalan Operasi Hadapan (FOB) di Pangkalan Udara Putera Sultan di Riyadh, Arab Saudi sebagai lokasi asas yang selamat,” katanya mengulas laporan SPA yang mengatakan tentera Malaysia tiba di negara itu bagi membantu tentera pakatan Arab menentang militan Syiah Houthi di Yaman.
Menurut laporan itu, Kementerian Pertahanan Arab Saudi mengesahkan pusat arahan pakatan tentera negara Arab sedang membuat persiapan berikutan penyertaan Malaysia dan Senegal.
“Satu tanggungjawab akan diberikan kepada tentera kedua-dua negara itu,” kata laporan itu.
Zulkifeli berkata, FOB yang diwujudkan di pangkalan udara itu dikenal pasti sebagai lokasi selamat sebelum pesawat berlepas ke kawasan pemindahan.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, rakyat Malaysia yang berada di Yaman akan dibawa ke pangkalan operasi itu sebelum dibawa pulang ke Malaysia.

Comments