Dr Mahathir tak sepatutnya 'buat pengumuman' pasal Pandikar

Tun Dr Mahathir Mohamad silap besar bila 'buat pengumuman' Tan Sri Pandikar Amin Mulia sudah letak jawatan sebagai Speaker Dewan Rakyat.
Bekas Perdana Menteri itu Isnin mengakui beliau merasa malu dilihat sebagai pembohong apabila Pandikar sendiri menafikan.

Memetik kata Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad sepatutnya Dr Mahathir tidak wajar membuat pengumuman itu sekalipun benar Pandikar nak letak jawatan.

Pengumuman itu,katanya, seharusnya datang dari tuan tubuh sendiri atau pihak yang berkenaan.

Atas sebab itu Shahrir melihat perbuatan Dr Mahathir seolah mahu merobek institusi Parlimen.

Kalangan pemerhati sendiri merasa sebagai bekas Perdana Menteri yang lama berkhidmat,Dr Mahathir sepatutnya tahu peraturan dalam soal seperti ini.

Bagi mereka ada kemungkinan sewaktu Pandikar meluahkan perasaannya kepada beliau merasa tertekan rasa kecewa dengan situasi di Parlimen.

Namun ia tidak boleh dianggap ia sesuatu yang muktamad kerana keadaan dan pertimbangan Pandikar boleh berubah.

Dr Mahathir yang bercakap kepada wartawan selepas satu majlis pelancaran buku di Putrajaya mendakwa Pandikar sendiri kata beliau sudah serah surat perletakan jawatan kepada Perdana Menteri.

Katanya beliau cuma mengulangi apa yang dikatanya.

Pandikar juga,katanya ada merungut mengenai perabot di pejabatnya yang tidak sempurna.

Sabtu lalu,Dr Mahathir memberitahu di majlis ceramahnya di Ipoh bahawa Pandikar sudah letak jawatan.

Kenyataan beliau telah mengejutkan ramai pihak termasuk Pandikar sendiri.

Pada lewat malam itu juga Pandikar keluar kenyataan rasmi menafikannya.

Esoknya semasa ditemui wartawan di Kota Belud,Sabah Pandikar mengesahkan ada jumpa Dr Mahathir.

Beliau mengakui kecewa dengan Parlimen sekarang apabila bersidang dengan banyak perkara remeh dibangkitkan oleh ahli parlimen.

“Saya ada kekecewaan. Itu yang saya cetuskan kepada Tun.Tetapi semalam saya sudah buat kenyataan media, saya tak akan letak jawatan,"katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana