Di mana pendirian Menteri?

KUALA LUMPUR - “Pandangan dan nasihat saya kepada YB (Yang Berhormat) Khairy (Jamaluddin)... Berdiri teguh bersama penyokong bola sepak negara dan perjuangkan perkara yang betul.”

Demikian luahan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menyarankan agar Menteri Belia dan Sukan itu harus menjadi ‘orang tengah’ dalam menyuarakan permasalahan dan ketidakpuasan hati terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Terdahulu, beliau yang juga Tengku Mahkota Johor (TMJ) mempersoalkan pendirian Khairy berhubung perlawanan antara Tottenham Hotspur dengan Pilihan Malaysia yang didakwa tidak membawa faedah kepada pasukan kebangsaan.

“Anda (Khairy) tentu tahu bahawa perlawanan antara Tottenham Hotspur dan Malaysia tersebut tidak membawa sebarang faedah kepada pasukan kebangsaan, tetapi saya terkejut anda berkata sebalik­nya dan berpendirian seperti FAM.

“Perlawanan ini hanya mempunyai satu tujuan sahaja, iaitu untuk meraih keuntungan bagi FAM dan pihak penganjur yang membawa pasukan tersebut ke Malaysia. Adakah ia membawa sebarang manfaat kepada pasukan kebangsaan untuk kelayakan Piala Dunia?

“Anda, saya, dan seluruh rakyat Malaysia tahu ianya tidak mendatangkan faedah. FAM mendakwa perlawanan ini adalah salah satu perlawanan sebagai persediaan untuk kelayakan Piala Dunia.
“Pertama sekali, ianya tidak membantu ranking dunia kita; dan keduanya, ia tidak membantu persiapan pemain tempatan kerana terdapat lima pemain asing dipilih untuk bermain.
“Kita harus beri lebih fokus kepada FIFA Match Dates kerana ia boleh memberi lebih manfaat kepada persembahan dan ranking,” katanya dalam akaun Facebook rasmi JOHOR Southern Tigers (JST) semalam.

Dalam masa sama, beliau turut memuji usaha Khairy untuk memajukan pembangunan bola sepak negara dengan menggantikan rumput di Stadium Nasional, Bukit Jalil (SNBJ) menerusi khidmat jururunding padang PBNJ.

“Saya tahu, anda sentiasa ada jawapan bagi segala persoalan. Contohnya, anda pernah menyatakan bahawa Bukit Jalil merupakan Stadium Kebangsaan dan selaku Stadium Kebangsaan, cow grass tidak sesuai digunakan dan rumput yang lebih berkualiti diperlukan.
“Namun hari ini, anda mengambil khidmat jururunding padang PBNJ bagi menggantikan rumput di SNBJ dengan cow grass dan memuliharanya sebagaimana dilakukan di Larkin,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana