Demo PAS minta Azeez, lembaga pengarah 1MDB letak jawatan hambar



KUALA LUMPUR: Demonstrasi anjuran PAS yang mahu mendesak Pengerusi Lembaga Tabung Haji (LTH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim d‎an ahli lembaga pengarah yang berkepentingan dalam 1Malaysia Development Bhd (1MDB) untuk meletak jawatan ternyata hambar.

Demonstrasi yang diadakan selepas solat Jumaat di Bangunan Tabung Haji (TH) itu hanya dihadiri kira-kira 200 penyokong yang membantah tindakan TH membuat pelaburan hartanah sejumlah RM188.5 juta daripada 1MDB.

 Bantahan itu diketuai oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menyerahkan memorandum kepada Pengurus Besar Kanan Jabatan Sumber Manusia Tabung Haji, Hisham Harun, di perkarangan bangunan TH di Jalan Tun Razak.

Malah menurut Khairuddin sekiranya mereka enggan berbuat demikian, PAS akan menganjurkan satu lagi perhimpunan besar-besaran akan datang.

"Kita mahu perkhidmatan Azeez dan ahli lembaga pengarah yang terlibat dengan 1MDB segera ditamatkan. Tabung Haji jangan jadi 'pak angguk' kepada pengkhianatan dana awam.

"Kalau tidak selesai, kita akan buat himpunan besar-besaran bersama rakyat," katanya kepada pemberita selepas selesaikan memorandum berkenaan.

 Sebelum ini LTH mengesahkan membeli sebidang tanah daripada projek Tun Razak Exchange bernilai RM188.5 juta yang didakwa melalui "potongan" harga.

Bagaimanapun, susulan kritikan dan kecaman banyak pihak, Azeez kemudiannya mengumumkan keputusan menjual semula tanah itu atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Isu 1MDB juga mengugat kedudukan Najib yang mengilhamkan penubuhannya dan merupakan pengerusi lembaga penasihat syarikat itu.

Beliau dikritik hebat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isu itu menjadi punca kepada krisis dalam parti Umno ketika ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana