DAP Teruskan Usaha 'Halau' PAS Dari Pakatan...PAS Masih Tidur Lagi

KUALA LUMPUR 26 Mei – DAP sekali lagi dengan secara terbuka mendesak Pas keluar daripada pakatan pembangkang dengan alasan, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat seolah-olah ‘berjasad pembangkang tapi berhati UMNO’.

Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan, Lim Guan Eng berkata, tidak mustahil bagi pakatan pembangkang untuk berpecah dalam masa terdekat ini iaitu antara dua minggu atau mungkin lebih lama lagi.

Katanya, perkara tersebut berpunca daripada tindakan Abdul Hadi yang tidak menghadiri kempen dan menyatakan sokongan terhadap Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh baru-baru ini.

“Jadi, kenapa dia (Abdul Hadi) hendak menyusahkan diri? Jika dia ada hasrat (keluar pakatan pembangkang), keluarlah,” katanya.

Sebelum ini, Guan Eng meminta Abdul Hadi keluar daripada pakatan pembangkang jika mahu meneruskan hasrat membentangkan Rang Undang-undang Persendirian berhubung pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hudud di Dewan Rakyat.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, DAP tidak mempersoalkan hak demokrasi Abdul Hadi untuk membentangkan apa-apa usul di Parlimen, namun beliau perlu berbuat demikian sebagai seorang Ahli Parlimen dan bukan anggota pakatan pembangkang.

Ahad lalu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang membayangkan tiga parti komponen dalam pakatan pembangkang iaitu DAP, PKR dan Pas, tidak akan wujud lagi dalam tempoh dua minggu yang sekali gus menggambarkan pakatan tersebut kini di ambang perpecahan.

Ditanya berhubung kelangsungan pentadbiran pembangkang di Selangor sekiranya berlaku perpecahan tersebut, Guan Eng berkata: “Jika terjadi, Abdul Hadi perlu membuat keputusan.”

Kata beliau, perkara itu memandangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) memiliki sokongan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas terhadap Wan Azizah.

“Sehubungan itu, pembangkang ada setengah daripada kesemua ADUN di Selangor (menyokong Wan Azizah), jadi, jika pakatan berpecah, tidak perlu kerajaan negeri dibubarkan,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana